
MITSUBISHI XPANDER XFORCE BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TAHUN INI, HARGA SEKITAR RM120K
Mitsubishi Xpander Xforce dilaporkan bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini sekaligus bersaing dengan model lain seperti Honda HR-V atau Corolla Cross.
Menurut kenyataan rasmi, Xforce adalah berasaskan kepada XFC Concept sebelum ini, dan ia juga dibangunkan berdasarkan versi yang dipertingkatkan daripada platform Xpander.

Walaupun tidak mempunyai sistem AWD, ia bagaimanapun masih menyediakan empat mod pemanduan (Normal, Wet, Gravel and Mud).
Dari segi penampilan, reka bentuk luarannya sangat avant-garde, menggunakan pencahayaan LED sepenuhnya, bahagian hadapan dengan mecha-style dan mempunyai dimensi 4,390mm x 1,810mm.

Di bahagian dalam, ia menerima kelengkapan seperti sistem infohibur 12.3-inci dengan ketersambungan Android Auto/Apple Carplay, panel instrument digital, sistem audio Yamaha serta brek tangan elektronik.
Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin empat silinder MIVEC 4A91 1.5 liter, sama seperti Xpander.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 102hp dan tork 141Nm serta dipadankan dengan kotak gear CVT.
Dengan jangkaan harga sekitar RM 120,000, model ini akan bersaing dengan Veloz dan Alza Impact, yang telah memberi kesan signifikan terhadap jualan Xpander di sini. – Automachi
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK 2024 DILANCARKAN DI THAILAND – LIMA VARIAN, HARGA BERMULA RM80K
- BACA: INILAH CARA BAGAIMANA GRAN TURISMO RAKAM BUNYI KERETA YANG REALISTIK – LAGI BEST DARI LAYAN LAGU K-POP
- BACA: KOENIGSEGG DAN BUGATTI BAKAL BERTARUNG REBUT TAKHTA 500 KMJ – LAJU-LAJU SANGAT NI NAK KE MANA?
- BACA: TOYOTA KEKAL JENAMA KERETA BUKAN NASIONAL NO.1