TOYOTA KEKAL JENAMA KERETA BUKAN NASIONAL NO.1
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mengekalkan kedudukan teratasnya sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional bagi tahun ketiga berturut-turut.
Bagi tahun 2023, jenama berkenaan berjaya mencatatkan jumlah jualan tertinggi sebanyak 108,107 unit untuk Toyota dan Lexus.
Angka tersebut membolehkan UMWT menguasai 32 peratus bahagian pasaran kenderaan penumpang bukan nasional.
Sementara itu, bulan pertama 2024, UMWT merekodkan hasil jualan sebanyak 6,276 unit, untuk kedua-dua jenama Toyota dan Lexus.
Dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), ia berhasil menjual sebanyak 22,533 unit dengan 19.6 peratus bahagian pasaran bukan nasional.
Bukan itu sahaja, Toyota turut muncul sebagai peneraju pasaran dengan 27,447 unit didaftarkan pada 2023 dalam segmen pikap.
Untuk segmen van panel pula, Toyota menguasai 100 peratus bahagian pasaran bukan nasional, mencatatkan 3,424 dalam pasaran.
Perkembangan berkaitan, Toyota terus memperluaskan akses pelanggan kepada pemilikan kereta dalam Tahun Naga menerusi promosi ‘Flow of Fortunes’ pada bulan ini.
‘Flow of Fortunes’ menawarkan pinjaman 100 peratus bagi model terpilih dengan rebat tunai serta aksesori percuma bernilai sehingga RM4,500 untuk pelbagai model Toyota.
Pembeli boleh menikmati penjimatan promosi termasuk ansuran pembelian bulanan bermula daripada hanya RM688 (Vios Serba Baharu) dan ansuran bulanan serendah RM658 bagi Yaris baharu.