
HONDA CITY HATCHBACK 2024 DILANCARKAN DI THAILAND – LIMA VARIAN, HARGA BERMULA RM80K
Honda City Hatchback 2024 secara rasmi diperkenalkan di pasaran Thailand dengan menerima beberapa kemas kini.
Untuk pasaran Thailand, City Hatchback kini tersedia dalam lima varian berbanding empat sebelumnya iaitu S+, SV, RS, e:HEV SV serta e:HEV RS.
Untuk model tahun 2024, Honda City Hatchback mendapat beberapa penambahbaikan luaran di sana sini, termasuk gril lebih besar dengan corak unik, apron depan yang lebih tajam dan perumah lampu kabus baharu.
Bampar belakang juga mendapat penampilan yang sedikit berbeza, lebih menonjol, lebih besar daripada model sebelum facelift.

Reka bentuk rim baharu juga menjadi sebahagian daripada kemas kini tahun 2024, bersama dengan pelbagai warna baru.
Varian RS mendapat dua skema warna eksklusif iaitu:
- Brilliant Sporty Blue Metallic (dipasangkan dengan bumbung hitam)
- Ignite Red Metallic
Warna lain yang tersedia ialah:
- Tafetta White (S+ sahaja)
- Platinum White Pearl (e:HEV RS, e:HEV SV, RS dan varian SV sahaja)
- Crystal Black Pearl
- Meteoroid Grey Metallic
- Sonic Grey Pearl

Perincian lain termasuklah dilengkapi dua port pengecasan USB-C (dalam varian e:HEV sahaja), S+ didatangkan dengan rim aloi 15-inci, lampu depan projektor halogen automatik, DRL LED, lampu belakang LED, bahagian dalam berwarna hitam dengan upholsteri tempat duduk fabrik, penghawa dingin manual, multi-info display (MID) 4.2-inci, empat pembesar suara dan empat beg udara.
Bagi SV, ia diserlahkan melalui rim aloi 15-inci dua tona, upholsteri tempat duduk kulit – jahitan kelabu, penyaman udara automatik, kamera undur pelbagai sudut dan Advanced Touch 8-inci dengan ketersambungan Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay.
RS pula menerima rim aloi 16-inci, lampu depan LED, aksen merah pada MID, tempat letak tangan belakang,lapan pembesar, ciri Honda Connect serta enam beg udara.
Sementara, varian e:HEV SV adalah serupa dengan SV bukan hibrid, tetapi dengan sedikit peningkatan.

Ini termasuk penambahan rim aloi dua tona 16-inci, brek letak kereta elektronik (auto hold), kluster instrumen digital tujuh-inci, dua port pengecasan USB-C, Low-Speed Follow (LSF) baharu untuk ACC.
Untuk e:HEV RS, secara umumnya adalah serupa dengan varian RS tetapi ia menerima kelengkapan lain seperti LSF untuk ACC, brek letak kereta elektronik (auto hold), reka bentuk khusus RS untuk kluster instrumen digital tujuh-inci, port USB-C serta Honda LaneWatch.
Honda Sensing adalah standard termasuk ciri-ciri seperti berikut:
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation System with Lane Departure Warning (RDM with LDW)
- Auto High-Beam (AHB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lead Car Departure Notification System (LCDN)
Di Thailand, City hatchback tersedia dengan dua pilihan kuasa iaitu enjin turbo tiga silinder 1.0-liter yang menghasilkan 120hp dan 173Nm tork serta menggunakan CVT.
Honda City Hatchback 1.5 e:HEV pula didatangkan enjin hibrid i-MMD 1.5L DOHC iVTEC dipadankan dua motor elektrik dan transmisi e-CVT mampu menjana kuasa 107hp dan tork 127Nm.
Beralih pada harga, butiran adalah seperti dinyatakan di bawah:
- S+: 599,000 baht (RM80,120)
- SV: 679,000 baht (RM90,820)
- RS: 749,000 baht (RM100,183)
- e:HEV SV: 729,000 baht (RM97,531)
- e:HEV RS: 799,000 baht (RM106,787)
- BACA: INILAH CARA BAGAIMANA GRAN TURISMO RAKAM BUNYI KERETA YANG REALISTIK – LAGI BEST DARI LAYAN LAGU K-POP
- BACA: KOENIGSEGG DAN BUGATTI BAKAL BERTARUNG REBUT TAKHTA 500 KMJ – LAJU-LAJU SANGAT NI NAK KE MANA?
- BACA: TOYOTA KEKAL JENAMA KERETA BUKAN NASIONAL NO.1
- BACA: TUKAR KERETA CHERY LAMA ANDA KEPADA YANG BARU MENERUSI KEMPEN TUKAR BELI CHERY KE CHERY