Buletin

MODEL KONSEP TEKSI TOYOTA

Toyota semalam mendedahkan visi teksi generasi baharu untuk negara matahari terbit itu. Diberi nama JPN Taxi Concept, kenderaan tersebut bakal dipamerkan pada acara Tokyo Motor Show 2013 hujung bulan ini.

051113-1-toy-Toyota_taxi

Menurut Toyota, teksi itu dibina selari dengan hasrat kerajaan yang mahu pengeluar kenderaan menghasilkan teksi dan bas yang lebih mesra pengguna.

051113-2-toy-d

Perkadaran reka bentuk kenderaan dan pakejnya telah diubah suai supaya mudah dikendalikan di bandar. Selain mudah diakses oleh para penumpang, terutama kanak-kanak dan orang tua. Maka tidak hairanlah jika ia mempunyai kabin yang tinggi, lantai rendah dan pintu gelongsor elektrik.

Jentera itu juga hadir dengan rangkaian kuasa baharu iaitu sistem LPG hibrid yang lebih mesra alam dan berprestasi untuk kegunaan di bandar.

slider dlm (1)

Teksi itu boleh memuatkan lima penumpang. Ia turut dilengkapi monitor dalaman yang memaparkan maklumat seperti laluan menuju ke destinasi dan jumlah tambang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button