Artikel PilihanModifikasi

MITSUBISHI EVO FQ440 – HADIAH MITSU UK KEPADA DUNIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita merungkai serba sedikit tentang fakta kewujudan sebuah Kenderaan yang bernama Mitsubishi FQ-440 ini.

kereta ini menggunakan asas Mitsubishi Lancer Evolution X berkod CZ4A. Ia dibina khas oleh pihak Mitsubishi UK sempena ulangtahun ke-40 mereka.

Ia dilancarkan pada tahun 2014 iaitu setelah 7 tahun Mitsubishi Lancer Evolution X berada di pasaran. Pengeluarannya tidak banyak, cuma 40 unit dibina dan hanya boleh didapati dengan warna “Frost White”.

Harga yang ditawarkan ketika itu adalah £50,000 bersamaan RM262,000. Nampak macam murah, tapi kalaulah, kalau je, kalau masuk Malaysia mesti ramai jadi hairan sama ada kenderaan ini buatan UK atau Tel Aviv.

Tapi, dengan pengeluarannya yang begitu terhad, memang model ini menjadi perhatian. Habis dalam masa sejam. Orang putih kata “sold out within an hour”.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa makna “FQ”? FQ dikatakan membawa maksud “F*cking Quick”. Pihak Mitsubishi UK pula tidak mengiayakan atau menafikan perkara ini.

Model FQ terdiri dari 5 model iaitu :-

  • FQ-300 – 296hp Torque 407Nm at 3,500rpm
  • FQ-330 – 324hp Torque 437Nm at 3,500rpm
  • FQ-360 – 354hp Torque 492Nm at 3,500rpm
  • FQ-400 – 403hp Torque 525Nm at 3,500rpm
  • FQ-440 – 440hp Torque 559Nm at 3,100rpm

Angka selepas perkataan FQ membawa maksud kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin berkod 4B11T ini. Cuma harini, huraian saya adalah lebih khusus untuk model FQ-440.

Oh ya, sebagai perbandingan, model JDM iaitu Lancer Evolution X Tuned by RALLIART pun “hanya” mampu menghamburkan kuasa sebanyak 300hp. Kiranya, pihak Mitsubishi UK mempunyai unit Lancer Evolution X paling berkuasa di dunia.

Sekarang, kita pergi pada spesifikasi.

Enjin ini masih menggunakan asas 4B11T Mivec Turbo. Cuma ianya telah ditala secara total bagi mendapat kuasa yang diinginkan.

Pertama sekali, unit turbo kenderaan ini ditukar kepada unit turbo buatan HKS. Manakala, unit High-Flow Catalytic Converter, Intake & Intercooler Piping Kit serta unit Tubular Intake Manifold dibekalkan oleh pihak Janspeed.

Unit Fuel Injector juga ditukar kepada kapasiti yang lebih besar. Talaan ECU pula dibuat secara “custom” oleh pihak Mitsubishi UK. Sistem Transmisi? Twin Clutch Sportronic Shift Transmission (TC-SST). Sama seperti model pasaran Malaysia. Jadi sesiapa yang pernah pakah Evo X SST ni mesti faham perangai dia. Hahaha.

Ada lagi? Ada!

Unit Brek ditukar daripada Brembo ke Alcon. Barulah UK! Rimpula berjenama BBS. Sementara itu, sistem suspensi menerima set spring daripada Eibach dan set absorber daripada Bilstein.

Bahagian dalaman kenderaan ini menerima sepasang kerusi buatan Recaro, unit audio Rockford Fosgate, Sistem Navigasi dengan 7 inci skrin & Bluetooth. Steering pulak kulit bohh. Baru selesa masa memandu dan rasa mewah.

Baiklah, sampai sini rasanya dah jelas tentang model ini.

Sekarang ramai yang membantah kenapa bila pihak Mercedes Benz mendakwa mereka menghasilkan enjin 2,000cc paling berkuasa di dunia. Kemudian, ramai pakar automotif facebook akan merujuk kepada model FQ-440 ini.

Hal ini kerana, barisan model 45 AMG yang menerima enjin M133 dipasarkan secara meluas oleh pihak Mercedes Benz. Ia merupakan model komersial produksi massa yang anda boleh beli di mana sahaja pusat pameran Mercedes AMG di seluruh dunia.

Manakala, model FQ-440 mahupun barisan FQ yang lain hanya terhad kepada pasaran UK. Ia adalah produksi spesifik dan talaan khas untuk keluaran terhad. Lagipun, dengan talaan serta penukaran komponen prestasi daripada pihak ketika menjadikannya bukan lagi “stock” walaupun ianya dibina sendiri oleh pihak Mitsubishi UK.

Melainkan jika model FQ-440 ini dipasarkan secara meluas ke seluruh dunia, memenuhi piawaian standard setiap negara dan setiap pasaran menerima spesifikasi yang sama. Kemudian barulah boleh dikatakan “stock”. Kesimpulannya, model FQ-440 masih belum layak menerima takhta ini.

Untuk makluman, model “asal” Lancer Evolution X yang paling berkuasa adalah model Final Edition yang dilancarkan pada tahun 2015 dengan kuasa sebanyak 303hp dan Torque sebanyak 414Nm pada 4,000rpm.

Ini pun terhad juga dengan hanya 1,600 unit untuk pasaran US (USDM) dan 1,000 unit untuk pasaran Jepun (JDM)

Akan tetapi, dengan inisiatif pihak Mitsubishi UK ini, kita dapat tahu berapa tingginya potensi Lancer Evolution X ini untuk dinaik taraf. Kita juga dapat lihat yang UK juga merupakan tempat untuk peminat tegar barisan model Lancer Evolution. Bukan sahaja di Malaysia.

Pada tahun 2016 industri automotif menerima berita sedih dimana pihak Mitsubishi telah menamatkan pengeluaran model Lancer Evolution X mereka dan menyatakan model ini adalah yang terakhir setelah 10 generasi.

Mitsubishi pula sekarang sudah dibawah pemerintahan Nissan. Adakah masih ada sinar harapan untuk Evo?

Saya pun tak tahu nak jawab. Cuma satu je, saya ulang kembali. Model FQ-440 hanya ada 40 unit sahaja di dunia.

Ianya akan menjadi model pilihan pengumpul kenderaan sama ada sekarang ataupun akan datang. Mungkin pihak pelelong seperti RM Sotheby’s akan melelongnya suatu hari nanti ?

Siapa tahu kan. Cuma harganya memang yahudi lah.

GALERI

Google ads
Back to top button