
MONOREL TERGANTUNG – BENARKAH IANYA WUJUD?
Ketika menonton filem animasi Mechamato Movie baru – baru ini di pawagam, ramai yang kagum dengan keindahan dan kecantikan Kota Hilir. Visual yang dihasilkan cukup menyakinkan, besar harapan orang yang tidak pernah pergi ke Bandar Hilir, begitu jugalah samanya dengan Kota Hilir. Paling tak menahan, siap ada monorel tergantung. Padahal monorel sebenar yang ada entah berapa lama tersadai sepi.
Baiklah, usahlah kita berbalah tentang monorel yang tersadai sepi itu. Marilah kita bercerita tentang perihal Monorel yang tergantung yang entah kan bila hendak beroperasi semula. Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawasanya di dunia nyata memang wujud pun Monorel sejenis itu.
Umum mengetahui, sistem Monorel ini adalah bererti mono = satu ; rel = laluan, yang bererti ianya mempunyai satu sahaja rel yang digunakan berbanding sistem MRT / LRT yang menggunakan rel berkembar.

Dan adalah dipercayai bahawa Monorel Tergantung yang tertua di dunia berada di Wuppertal Schwebebahn – Jerman. Monorel ini telah pun wujud semenjak tahun 1901 lagi. Walau pun sistem operasinya telah melangkaui seratus tahun, ianya senantiasa dikemas kini dengan penggantian koc / gerabak atau pun kerja – kerja penyelenggaraan yang sentiasa dikemas kini. Sistem Monorel ini mempunyai jarak operasi sehingga 13.3 km yang menghubungkan diantara stesen Oberbarmen dan juga Vohwinkel Schwebebahn.
Senarai negara yang menggunapakai sistem Monorel Tergantung ini agak terhad berbanding tipikal Monorel yang wujud seperti KL Monorail di tempat kita. Tidak pasti mengapakah kurangnya pembinaan Monorel Tergantung ini.

Selain daripada negara Barat, negara Asia juga turut mempunyai sistem Monorel Tergantung ini. Sudah tentu negara maju seperti Jepun turut mempunyai sehingga 3 Monorel Tergantung; Shonan Monorail, Chiba Urvan Monorail dan juga Ueno Zoo Monorail (telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2019).
Dan di zaman era moden ini, China yang sememangnya terkenal dengan perkembangan teknologi yang pesat sedang membangunkan sistem Monorel Tergantung yang diberi nama Sky Train yang mengaplikasikan sistem Maglev. Sebuah sistem pengangkutan yang tidak menggunakan roda seperti tipikal Monorel yang ada tetapi sebaliknya menggunakan tenaga medan magnet.
BACA : BUS RAPID TRANSIT (BRT) : JAWAPAN KEPADA KEBERKESANAN SISTEM LALUAN BAS



