Artikel Pilihan

BUS RAPID TRANSIT (BRT) : JAWAPAN KEPADA KEBERKESANAN SISTEM LALUAN BAS

Jujurnya Brader Karrager sudah lama tidak menaiki bas. Kali terakhir menaiki sistem pengangkutan yang super jimat tambang itu rasanya sekitar lewat tahun 90an. Itu jam, sistem laluan bas dengan tanda cat kuning di sepanjang laluan Jalan Raja Laut baru sangat diperkenalkan dengan harapan bas akan segera muncul di hadapan stesen bas tanpa perlu bertarung dengan kesesakan lalu lintas.

BACA : PEMANDU KURANG AJAR? INI ANTARA SALAH SATU CARA TERBAIK UNTUK MENGAJAR MEREKA!

BACA : INI SEBABNYA ANDA TAK PATUT MEMANDU DI SEBELAH KENDERAAN BERAT

Namun harapan agar pemandu kenderaan lain akan mematuhi cat kuning tersebut hanyalah sia-sia belaka. Alangkan divider pun boleh panjat selamba, inikan pula setakat main cat-cat sahaja. Patuh hanya apabila ada Penguatkuasa sahaja. Maka atas alasan itulah, kita sememangnya amat memerlukan Bus Rapid Transit (BRT) ini, suatu sistem laluan bas yang mempunyai laluan bas tersendiri sama ada bertingkat atau tidak tanpa diganggu oleh kenderaan lain. Diantara ciri lain, BRT ini hampir menyamai seperti LRT, sistem pembayaran mengunakan tiket/token dan stesen yang berplatform kebiasaannya berada di tengah laluan, bagi menjimatkan kos pembinaan serta bekerkesanan sistem BRT itu sendiri.

Di negara kita, sudah tentulah BRT Sunway menjadi bualan. Tapi sayang, bualannya hanya berlegar setakat di Bandar Sunway sahaja. Sungguh pun demikian, ternyata pembinaan BRT Sunway sepanjang 5.4 km dengan laluan bertingkat sepenuhnya ini amat mudah serta menjimatkan masa buat warga Sunway untuk bergerak terutamanya menuju ke Sunway Piramid dan juga Sunway Medical Centre. Senang sikit nak pergi main ice skating, iya tak? Cuma yang kurang enak untuk didengar adalah tambangnya yang sukar diterima oleh golongan marhaen serupa Brader Karrager ini.

Adalah dipercayai sistem BRT ini telah dimulakan di Curitiba, sebuah bandar di Brazil pada tahun 1974. Dan kejayaan itu telah memberikan beberapa bandar utama terutamanya di kawasan Latin untuk turut mengaplikasikan sistem BRT ini dengan jumlah keseluruhannya adalah 69. Malah Kota di Brazil sendiri turut mempunyai sejumlah 34 sistem BRT ini.

Di negara jiran kita yang sememangnya terkenal dengan macet ya ampun juga turut sebenarnya mempunyai sistem BRT. Malah BRT Indonesia yang dikendalikan oleh TransJakarta ini bolehlah dikatakan terpanjang di dunia dengan jarak keseluruhan meliputi 230.9 km. Kira dah boleh cover keseluruhan kota Jakarta yang sememangnya cukup luas.

Di kotaraya kita ini ura-ura untuk pembinaan BRT terutamanya laluan Kuala Lumpur – Klang yang melibatkan laluan Lebuhraya Persekutuan telah lama kedengaran dan khabarnya pembinaan dijangka pada penghujung tahun 2017. Jarak meliputi 34km dengan cadangan 25 stesen merintangi laluan yang terkenal dengan merepek dia punya sesak. Tapi sebelum ianya menjadi kenyataan dalam tempoh pembinaan tiga tahun mendatang, kena bersediahlah nak hadap jem yang maha dasyat. Iman kena betul-betul kukuh baru boleh berani hadap Lebuhraya Persekutuan.

Google ads

B K

Back to top button