
MORGAN PLUS FOUR – KERETA SPORT MODEN DENGAN GAYA KLASIK
Pengeluar kereta jenis runci yang berasal dari Britain, Morgan Motor Company telah memperkenalkan model baharu bagi meneruskan legasi kereta sport klasik mereka, Morgan Plus Four yang merupakan plat nama yang cukup lama dan sinonim dengan mereka selama 70 tahun.
Morgan Plus Four terbaharu ini menggabungkan tanda pengenalan syarikat gaya ketukangan yang terkemuka dalam industri dan kejujuran kejuruteraan untuk mencipta ekspresi paling tulen bagi kereta sport Morgan beroda empat yang ada pada hari ini.

Sekali imbas mungkin ada yang beranggapan ini adalah model yang lama, namun hakikatnya ini merupakan model terkini dengan memudahkan dan mengurangkan hingar visual, membolehkan siluet abadi Plus Four terus dikekalkan lagi.
Pandangan hadapan dan belakang dicirikan oleh pengenalan lampu baharu, sayap, splitter hadapan serta diffuser belakang. Perubahan ini berjaya memberikan perubahan dalam identiti visual yang disegarkan dan penampilan keseluruhan yang lebih bersih.
Rekaan lampu hadapan dan belakang juga telah dibina baharu secara eksklusif untuk Morgan yang telah diilhamkan sendiri daripada pereka dalaman mereka sendiri dengan berdiameter 8 inci, satu inci lebih lebar berbanding model sebelumnya demi untuk memancarkan cahaya yang lebih berkuasa dan berkualiti tinggi.
Pada bahagian luaran juga terdapat lencana Morgan sendiri yang menggunakan H.F.S. Bold yang menggambarkan tafsiran kontemporari reka bentuk jenama automotif klasik.

Trenkuasa untuk menggerakkan Morgan Plus Four ini adalah daripada enjin terkini milik BMW 2.0 liter twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 255 HP dan 350 Nm yang digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau pun kotak gear auto lapan kelajuan. Kereta sport gaya klasik ini mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j dalam tempoh 5.2 saat (untuk manual) dan 4.8 saat (untuk auto) serta mempunyai kelajuan maksimum 240 km/j.
Menambahkan kesedapan pemandua kereta ini juga terletak kepada sistem suspensi dengan penggunaan spring baharu dan juga talaan terkini dampers. Selain itu, Dynamic Handling Pack baharu juga didatangkan sebagai pilihan yang dibangunkan secara ekstensif bersama pakar suspensi, Nitron khusus untuk Morgan dengan pelanggan boleh membuat pelarasan mengikut citarasa sendiri.

Walau pun kabin Morgan Plus Four ini bersifat terbuka dengan bunyi angin sudah pastinya akan menjadi halwa telinga pemandu, namun sistem bunyi canggih daripada Sennheiser yang telah dipertingkatkan telah digunakan dengan menggabungkan ciri pembesar suara halimun apabila set speaker telah disorok pada bahagin bawah tempak duduk selain daripada tipikal speaker yang diletakkan pada bahagian pintu.

Dan rekaan bahagian kabin mungkin dianggap gila sekiranya menggunakan skrin sesentuh bersaiz lapan belas inci bagai untuk menghilangkan gaya retro dan klasik. Sebaliknya ianya menampilkan ciri minimalis. Masih lagi menggunakan tombol dial untuk mencari siaran radio misalannya tetapi paparan LCD telah digunakan untuk memberikan sedikit rasa moden.
Oh ya, setiap model Morgan Plus Four ini akan tetap dibina menggunakan hasil kerja tangan mereka yang pakar di Morgan termasuklah pembinaan badan dan kerangka kereta ini yang digandingkan bersama teknologi moden bagi menghasilkan satu lagi masterpiece daripada Morgan.
BACA : MORGAN AERO GT – KERETA SUPER ISTIMEWA
BACA : MORGAN SUPER 3 MALLE RALLY SPECIAL – MODEL ISTIMEWA DARIPADA MORGAN & MALLE