
Pusingan MotoGP semalam merupakan perlumbaan yang dramatik di mana insiden kemalangan Marc Marquez, jentera Lorenzo yang rosak telah mengubah prediksi keputusan secara keseluruhan.
Pasukan Suzuki juga membuat kejutan menerusi Alex Rins yang berjaya mendahului perlumbaan dengan aksi menarik pintas-memintas antara beliau dan pelumba Lagenda Valentino Rossi.
Menghabiskan perlumbaan dengan tempat kedua juga meletakkan Rossi kini hanya tiga mata di belakang pendahulu Adrea Dovizioso yang kini memungut 54 mata keseluruhan perlumbaan.
Rossi juga berjaya memintas kutipan mata Marc Marquez yang kini jatuh di tangga ke empat di atas Alex Rins.
MEMBURU KEJUARAAN KE-10
Melihat kepada prestasi pasukan Yamaha pada tahun ini juga tidak mustahil, ia adalah landasan yang tepat untuk Rossi mengutip kejayaan ke-10 nya sebagai juara MotoGP dunia sebelum mengundurkan diri.
Dengan usia mencecah 40 tahun, Rossi yang bergelut dengan jentera Yamaha dua tahun kebelakangan ini dilihat konsisten dan masih mempamerkan aksi menarik dalam perlumbaan 1-2 di MotoGP Amerika semalam.
MARQUEZ MASIH HALANGAN TERBESAR
Tidak dinafikan, Pelumba pasukan Honda, Marc Marquez masih merupakan halangan terbesar beliau bagi memburu impian tersebut. Selain terus berada di podium, Marquez juga jarang sekali tidak mengutip sebarang mata dalam perlumbaan, melainkan beliau jatuh DAN tidak bangkit semula meneruskan pelrumbaan.
Kalau dia berjaya masuk trek semula, memang dia akan kutip mata juga akhirnya.
Apapun, persaingan baru sahaja bermula di tiga pusingan awal. Masih berbaki 16 lagi perlumbaan dan kedudukan pastinya akan berubah. Dua minggu lagi akan berlangsung di “rumah” Marquez di Spanyol dan sudah tentulah beliau akan mempamerkan yang terbaik di hadapan penyokong sendiri.
Berikut adalah kedudukan mata terkini setelah tamat tiga pusingan perlumbaan MotoGP 2019.
| NO | PELUMBA | MATA |
| 1 | Andrea Dovizioso | 54 |
| 2 | Valentino Rossi | 51 |
| 3 | Alex Rins | 49 |
| 4 | Marc Marquez | 45 |
| 5 | Danilo Petrucci | 30 |
| 6 | Jack Miller | 29 |
| 7 | Takaaki Nakagami | 22 |
| 8 | Cal Crutchlow | 19 |
| 9 | Pol Espargaro | 18 |
| 10 | Fabio Quartararo | 17 |
| 11 | Franco Morbidelli | 16 |
| 12 | Maverick Vinales | 14 |
| 13 | Aleix Espargaro | 13 |
| 14 | Francesco Bagnaia | 9 |
| 15 | Joan Mir | 8 |
| 16 | Miguel Oliveira | 7 |
| 17 | Jorge Lorenzo | 7 |
| 18 | Andrea Iannone | 6 |
| 19 | Johann Zarco | 5 |
| 20 | Tito Rabat | 1 |
| 21 | Hafizh Syahrin | 0 |
| 22 | Karel Abraham | 0 |









