Motosikal

MOTOGP AUSTIN: NOMBOR 69 NICKY HAYDEN DIPENCENKAN DARI MOTOGP

Semalam bertempat di Austin, Amerika Syarikat dan bersempena dengan MotoGP Amerika Syarikat satu majlis telah diadakan untuk menggugurkan nombor 69 yang pernah digunakan oleh Nicky Hayden dari MotoGP. Hayden ialah pelumba sensasi dari AS dan juga merupakan juara dunia kelas premier tahun 2006 yang disenangi oleh kawan dan juga lawan.

Majlis yang diadakan di COTA Media Centre dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan Hayden. Selain dari itu majlis turut dihadiri Presiden FIM, Jorge Vieras dan CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta.

Ezpeleta menyatakan yang ia memang satu langkah yang telah mereka fikirkan selepas pemergian Hayden kerana beliau seorang pelumba yang sangat istimewa dan berperibadi tinggi. Selepas berbincang dengan FIM, mereka bersetuju untuk menggugurkan nombor 69 dari MotoGP buat selama-lamanya sebagai penghormatan untuk Hayden dan untuk menyatakan kebanggaan mereka kerana pernah bersama dengan Hayden walaupun untuk jangkamasa yang singkat.

Saudara lelaki Hayden, Tommy pula mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibatg dan menyatakan sebab utama Hayden amat menyukai MotoGP ialah kerana dia sentiasa dikelilingi oleh kebaikan baik dari bawah sehinggalah ke peringkat atasan.

Nombor 69 merupakan nombor istimewa untuk keluarga Hayden kerana hampir semua ahli keluarga beliau yang pernah berlumba menggunakan nombor tersebut. Antara yang pernah menggunakan nombor tersebut sewaktu berlumba ialah ayah beliau sendiri, saudara lelaki beliau, Roger dan Tommy dan juga seorang lagi saudara perempuan Hayden. Hayden sendiri menggunakan nombor tersebut dari awal karier dan jelas sekali yang ia memang nombor yang istimewa untuk beliau.

Vieras pula menyatakan yang pihak FIM terus bersetuju sebaik menerima cadangan Dorna untuk menggugurkan nombor tersebut kerana beberapa orang pelumba sama ada pernah menjadi juara ataupun tidak memang mempunyai keistimewaan tersendiri dan akal kekal dalam ingatan peminat untuk selama-lamanya dan Nicky Hayden adalah satu diantaranya.

Ayah Hayden, Earl kemudian menerima plak nombor 69 dari Ezpeleta dan Vieras secara rasmi sebagai menandakan pengguguran nombor tersebut dari MotoGP.

Google ads
Back to top button