Buletin

MYCAR. INI MUNGKIN ALTERNATIF TERBAIK SELEPAS GRAB

Selepas pengambilalihan majoriti saham Uber oleh Grab, pengguna kini mempunyai hanya satu pilihan e-hailing di pasaran. Jelas GRAB adalah satu-satunya pilihan yang tiada pesaingnya dan sebagai pengguna, sudah tentu kita khuatir dengan monopoli perniagaan sebegini.

Tapi sebenarnya ada satu lagi e-hailing yang telah dilancarkan pada 1 Februari lalu. Namun, kerana ia sebuah syarikat tempatan berskala kecil, promosinya tidak meluas dan tak ramai orang tahu.

MYCAR

Menurut pengasasnya Mohd Noah Maideen, aplikasi ini ini dibangunkan untuk menawarkan persaingan sihat dalam industri pengangkutan. Ia juga memberi peluang kepada bekas pemandu Uber selain daripada menyertai Grab.

Mereka ingin dikenali sebagai “kuasa ketiga” (third e-hailing force). Secara asasnya, ia adalah sama seperti e-hailing lain, cuma sedikit berbeza, pengguna boleh meninggalkan pesanan sebelum menempah perjalanan.

Sewaktu pelancarannya, Mohd Noah memberitahu, mereka kini mempunyai lebih 57,000 pemandu berdaftar dan 10 peratus daripadanya adalah pemandu wanita.

Aplikasi ini mempunyai enam kategori kenderaan iaitu Ekonomi (sedan dan kereta kompak), Premium (sedan segmen C lebih 1800cc), MPV Kompak, MPV Premium, Cab (Teksi berdaftar), dan MyCar Now (terbuka pada semua opsyen)

Setakat hari ini, Mycar hanya menerima transaksi tunai sahaja, bagaimanapun kami berharap ia dapat diperluaskan kepada penggunaan kredit kad sepertimana Uber dan Grab.

Bayaran minimum ialah RM5 bagi Lembah Klang sementara di negeri lain, RM4 bagi 5KM pertama. Buat masa ini, perkhidmatan MyCar terdapat di Penang, Johor, Ipoh, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kami melihat bayaran minimum ini adalah sesuatu yang perlu untuk menjaga kebajikan pemandu. 

Tambang dari Lembah Klang ke KLIA & KLIA 2 ditetapkan pada RM59 sehala, namun mereka sekarang membuat promosi dengan tambang hanya RM55.

Sebagai perbandingan, tambang GRAB ke Lapangan Terbang KLIA & KLIA 2 ialah RM65 sehala.

BERAPA DRIVER DAPAT?

 

Menurut MyCar, pemandu akan mendapat komisen 85 hingga 88 peratus sementara untuk perjalanan ke KLIA & KLIA 2, pemandu mendapat bayaran 88 peratus.

Bagi menjamin keselamatan penumpang, semua pemandu MyCar akan diperiksa teliti sebelum didaftarkan secara sah. Mereka menyemak silang rekod pemandu dengan PDRM, JPJ dan SPAD.

APA LAGI?

Pemandu yang berminat, mestilah memiliki kereta yang berusia tujuh tahun ke bawah. Sementara itu, kereta yang berusia lebih tiga tahun, perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom

 

Google ads
Back to top button