BuletinMotosikal

MOTOGP: MARQUEZ DAN LORENZO AKAN PULIH UNTUK MERAIH KEMENANGAN DI QATAR – MICK DOOHAN

SHARE

Itulah keyakinan yang ditunjukkan oleh bekas juara dunia 5 kali, Mick Doohan tentang barisan pelumba baru Repsol Honda. Beliau berkeyakinan yang masalah kecederaan yang sedang menimpa keduanya tidak akan menjejaskan prestasi mereka pada peringkat awal perlumbaan musim terbaru ini.

Mick Doohan mengimbas kembali sejarah beliau mula bersama Repsol Honda yang sudah pun mempunyai pelumba bintang yang juga merupakan juara dunia GP500, Wayne Gardner. Sama seperti keadaan Lorenzo sekarang Doohan turut mempunyai pengalaman serupa bila mempunyai rakan pelumba dari kelas heavyweight.

Bukan itu sahaja Doohan turut mempunyai sejarah kecederaan yang lebih teruk dan membuktikan keazaman untuk menang akan mengatasi segalanya walaupun pada awalnya ia kelihatan mustahil. Secara kebetulan kedua pelumba Repsol kini, Marquez dan juga Lorenzo juga sedang ditimpa kecederaan.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Pasukan Repsol Honda yang juga dilabelkan sebagai ‘dream team’ dilancarkan secara rasmi di Madrid pada hari Rabu lepas mengetengahkan dua pelumba tersohor yang pernah merangkul kejuaraan dunia hampir 12 kali (jika digabungkan pencapaian keduanya). Dan kini mereka berkongsi garaj yang sama.

Walaupun ramai memandang serius masalah kecederaan Marc Marquez dan Jorge Lorenzo, Doohan mempunyai pendapat berbeza. Ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang bangkit selepas kecederaan parah di kaki penghujung tahun 1992. Bukan sahaja bangkit, Doohan turut bergelar juara dunia selepas itu.

Untuk mengelakkan kecederaan akibat gaya menunggang yang agresif Doohan menyatakan yang seorang penunggang perlu mengekalkan momentum sepanjang musim dan bukannya agresif pada peringkat awal dan kemudian mula memperlahankan rentak.

Berdasarkan pemerhatian beliau, Doohan yakin kedua pelumba Repsol akan pulih sepenuhnya menjelang perlumbaan di Qatar pada 8 Mac dan masa yang ada sekitar 8 minggu lagi adalah mencukupi untuk tempih pemulihan.

BACA: MENUNGGANG MOTOSIKAL BOLEH KURANGKAN TEKANAN -KAJIAN

Sama seperti suatu ketika dahulu kata Doohan, pelumba perlu menghabiskan beberapa pusingan awal sebelum melihat dan merancang macam mana untuk mencapai kemenangan. Jangan ingat ia semudah memusing pendikit minyak semata-mata.

Selain bersaing bersama-sama dengan Gardner dalam satu pasukan dari 1989-92, Doohan juga merupakan pelumba utama Repsol Honda selain Alex Criville dan Tadayuki Okada yang menyapu bersih 15 kemenangan dalam satu musim pada tahun 1997.      

Tags
Google ads
Back to top button