
PERIKSA KERETA ANDA PERCUMA DI PUSPAKOM SEBELUM CUTI CNY!
Tahukan anda, kenderaan anda bukan hanya perlu diselenggara sahaja, tetapi juga perlu menjalani pemeriksaan secara berjadual untuk memastikan keadaan kenderaan anda beroperasi pada tahap terbaik.

Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini, PUSPAKOM akan menganjurkan Kempen#drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian bermula pada 25 Januari hingga 4 Februari 2019, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di semua cawangan PUSPAKOM di seluruh negara, kecuali Shah Alam, Lahad Datu dan Pasir Gudang.
Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi berikut dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang:
25-27 Januari 2019
Shell Jelutong
SH Jelutong Expressway (Milyar Mutiara Enterprise, Jalan Perusahaan Jelutong, Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 11600 George Town, Malaysia)
28-29 Januari 2019
Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
29-31 Januari 2019
Shell Ipoh
SH NTI Jalan Tasek (SSS ENERGY RESOURCES, PT251113, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak)
1-2 Februari 2019
Parkir Tesco Extra, Selayang
PUSPAKOM berharap agar lebih ramai pemilik kenderaan persendirian dapat mengambil peluang ini untuk memeriksa kenderaan sempena kempen tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma #drivesafenoregrets ini, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my atau Facebook rasmi PUSPAKOM.









