BuletinMotosikal

MOTOGP QATAR: HAFIZH MASIH BERGELUT DGN MESIN KTM. BERMULA DI PETAK KE 2 AKHIR

Sejak berpindah dari Yamaha ke KTM, Hafizh syahrin belum memperlihatkan sebarang perubahan yang dominan. Dari ujian pra musim, ujian bebas dalam tiga sesi berasingan di Qatar, Hafizh nampaknya belum menemui rentak yang dicari-carinya.

Ternyata Hafizh belum dapat membiasakan diri dengan mesin KTM ini dan bukan sahaja beliau, rakan sepasukannya Zarco juga bergelut mencari rentak bersama jentera baru ini.

“Saya dapat memperbaiki catatan masa, tetapi bukan kedudukan keseluruhan. Kami telah membuat beberapa perubahan kecil, tetapi kami perlu mencari rentak yang baik semasa perlumbaan.

Pada masa ini, kami tidak pasti tentang tayar yang akan digunakan untuk perlumbaan ini esok, saya cuba mencari kepastian, tetapi jelas ia tidak mudah dan saya akan terus bekerja keras bersama pasukan dan untuk dan perlumbaan esok. Mari lihat apa yang boleh kita lakukan dan bagaimana kita boleh memperbaiki lagi jentera dan diri saya. Saya mahu menikmati perlumbaan dan cuba belajar sebanyak mungkin”

Google ads
Back to top button