Motosikal

HONDA LANCAR CB190SS DENGAN GAYAAN RETRO UNTUK PASARAN CHINA

Kalau kita perasan, semakin banyak motosikal dengan gayaan retro ditawarkan oleh pengeluar untuk pengguna di seluruh dunia.

Terbaharu, Honda memperkenalkan model CB190SS untuk pasaran China bagi melengkapkan lagi portfolio produk mereka di sana. 

Ditawarkan oleh pemegang jenama tersebut iaitu Wuyang Honda, ia merupakan jentera yang dikembangkan daripada model naked CB190R yang pernah dilancarkan sebelum ini. 

Seperti namanya, CB190SS menggunakan enjin bersesaran 190cc SOHC. Tunggangan mantap kemudian disokong oleh penggunaan suspensi jenis Upside Down (USD). 

Sekali lihat, reka bentuknya seperti tidak banyak berbeza dengan model CB650R atau lebih dikenali sebagai Neo Sports Cafe. 

Rekaannya diserlahkan menerusi penggunaan lampu utama berbentuk bulat, pelana dibalut kulit berwarna coklat, enjin terdedah, rim lidi, di samping gabungan meter digital dan analog. Tidak ketinggalan lampu nyalaan siang (DRL 

 Tidak dinyatakan pula harga  untuk CB190SS di China. Tunggu sahajalah laporan selanjutnya nanti. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button