BuletinMotosikal

PERMULAAN BAIK YAMAHA DI MOTOGP QATAR. VINALES DI PETAK PERTAMA, PETRONAS SRT PETAK KELIMA

Yamaha memulakan musim ini dengan catatan yang agak baik di mana Vinales mendapat kedudukan petak pertama pada musim 2019 MotoGP di Qatar. Beiau akan diserta pelumba Ducati, Dovizioso dan Honda, Marquez.

Banyak pelumba memberi amaran, keadaan sejuk pada penghujung hari ini akan menyebabkan litar licin. Pada aksi MotoGP ini banyak insiden kemalangan berlaku dan yang terakhir jatuh ialah Miller, kehilangan kedudukan petak hadapan ketika hampir menemuinya di Selekoh ke-2.

Insiden itu menyebabkan pelumba Australia tidak dapat mempertahankan posisi barisan hadapan, yang mana Marquez berjaya merampas kedudukan menerusi pusingan terakhirnya, yang mengekori rapat belakang Petrucci.

Pelumba Rookie Yamaha Sepang Racing Team, Quartararo terus cemerlang di petak kelima dalam penampilan sulung MotoGPnya.

Lorenzo yang kurang cergas, telah jatuh dua kali pada hari ini, dan pelumba utama Yamaha, Valentino Rossi gagal menghabiskan sesi kelayakan pada sesi 1.

Google ads
Back to top button