Buletin

MPV MERCEDES-BENZ JADIAN SUTTON BESPOKE, LUAR KONDO DALAM BANGLO

Baru ini tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja Ford F-150 Raptor dilancarkan dalam negara. Bukan Ford tetapi Sutton CS 3500.

Lebih menarik apabila ia dipasang dalam negara. Sebelum itu siapakah Sutton?

Clive Sutton sebenarnya sudah lebih 25 tahun terlibat dalam bisnes kereta berprestasi di United Kingdom.

Dalam tempoh tersebut Clive Sutton terkenal dalam membekalkan kereta berprestasi ke pelanggan serata dunia.

Mengembangkan lagi bisnes sedia ada dan menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang ada, Sutton Bespoke ditubuhkan sebagai cabang syarikat dalam bidang pengubahsuaian dan naik taraf kereta.

VIP Class Mercedes-Benz Sprinter Sutton Bespoke

Pada tahun 2016, Sutton Bespoke melancarkan pelbagai komponen naik taraf untuk Ford Mustang.

Sekarang, pengguna tempatan boleh memiliki hasil tangan Sutton Bespoke melalui pikap raksasa CS 3500.

Khidmat Sutton Bespoke bukan terhad kepada kereta dan pikap berprestasi sahaja.

Terbaru Sutton Bespoke baru sahaja melancarkan MPV Mercedes-Benz V-Class dan Sprinter yang dinaik taraf.

Melalui kenderaan kelas VIP ini, pelanggan boleh memilih spesfikasi dalaman sendiri seperti jumlah tempat duduk dan jenis material.

VIP Class Mercedes-Benz V-Class Sutton Bespoke

Terpulang kepada citarasa pelanggan, dari kerusi dengan pemanas atau penyejuk, fungsi urutan, sistem info hibur canggih atau dinding penghadang di antara pemandu dan penumpang.

Contoh yang sudah siap dinaik taraf ialah Mercedes Sprinter dengan pelbagai kelengkapan seperti dua televisyen pintar 4K 40 inci dan sistem sinema dengan tujuh zon audio.

Contoh kedua ialah Mercedes-Benz V-Class. Model ini lebih kepada material mewah. Rasa macam tinggal dalam bilik hotel kelas super mewah dengan balutan karpet mewah dari lantai, dinding sampai ke siling.

Satu lagi ‘spesis’ Sutton – Sutton Range Rover Sport

Bumbung pula dipasangkan kaca panoramik dan bila malam terserlah kemewahan MPV ini dengan cahaya bulan dan gemerlapan bintang.

Untuk tontonan lebih dekat, Sutton Bespoke mempamerkan dua model VIP ini di Pameran Kereta Klasik London dari 14 hingga 17 Februari 2019.

Harga? Mercedes-Benz Sprinter yang sudah dinaik taraf ini bermula dari £160,000 (RM 842,803) manakala Mercedes-Benz V-Class pula dari £92,000 (RM 484,612).

Hu hu hu.

*1 GBP = RM 5.26

BACA: INI RANGE ROVER SPORT KHAS DARI CLIVE SUTTON – HARGA DARI RM 441K!

BACA: FORD RAPTOR SUDAH ADA PEMANDUAN SEBELAH KANAN – TAPI HARGANYA…

Google ads
Back to top button