Buletin

V-CLASS DILANCARKAN DI INDONESIA

PT Mercedes-Benz Indonesia (MBI) melancarkan model Mercedes-Benz V-Class ke pasaran tempatan pada harga Rp 1.3 juta (RM390,000) seunit.

mercedes-benz-v-class-mekanika (4)

Kenderaan MPV mewah yang diimport dari Sepanyol itu didatangkan dengan teknologi LED yang berfungsi pada semua kondisi cahaya.

Aksen mewah boleh dilihat menerusi paduan warna perak dan krom pada bahagian gril. Bahagian lampu hadapan  pula diinspirasikan daripada rekaan model S-Class. Rim berkembar lima jejari didatangkan dengan saiz 18-inci yang membuatkannya kelihatan begitu maskulin.

mercedes-benz-v-class-mekanika (1)

Lebih menarik, cermin pintu but belakang boleh dibuka secara berasingan. Ciri ini memudahkan proses mengambil bagasi di ruang yang sempit.

Mercedes-Benz V-Class hanya ditawarkan dalam satu pilihan iaitu 220d. Di bawah hudnya tersedia enjin diesel bersesaran 2,143cc. Ia mampu menghasilkan kuasa 163hp dan tork 380Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan 7 G-Tronic plus.

mercedes-benz-v-class-mekanika (3)

Pecutan dari sifar ke 100km/j boleh dicapai dalam tempoh 11.8 saat dengan kecekapan bahan api 6.2 liter bagi setiap 100km.

Bahagian kabinnya menawarkan keselesaan di tahap maksimum. Ciri Thermotronic dapat mengawal suhu dan aliran udara secara automatik. Ciri-ciri lain termasuklah stereng pelbagai fungsi dan Direct Select.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button