
MSMR 2025 RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN 30,000 PENGUNJUNG DAN PESERTA DARI 26 NEGARA
Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 yang bakal berlangsung pada 20 September di hadapan Menara Berkembar Petronas dijangka menjadi antara acara kebudayaan paling meriah tahun ini, dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Lebih membanggakan, edisi kali ini merekodkan penyertaan daripada peserta mewakili 26 negara, menjadikannya platform yang benar-benar mencerminkan kepelbagaian budaya dan keterbukaan Malaysia kepada dunia.
Dianjurkan oleh Malaysia Marathon Official Sdn Bhd, acara ini mendapat sokongan penuh daripada JETOUR Malaysia selaku Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi.
Sekurang-kurangnya 15,000 pelari akan menyertai larian berkonsepkan sarong, manakala ribuan lagi hadir untuk menikmati konsert, persembahan kebudayaan dan pelbagai sajian tradisional sempena sambutan Hari Malaysia.

Presiden Malaysia Marathon Official, Eddy Casmady, berkata MSMR bukan sekadar acara sukan.
“MSMR adalah gabungan unik antara larian, budaya dan gaya hidup sihat. Peserta akan menamatkan jarak 5KM dengan mengenakan sarong, sambil menikmati makanan tradisional dan iringan muzik tempatan. Kehadiran peserta antarabangsa pastinya menambah warna dan membawa mesej bahawa budaya Malaysia diraikan di mata dunia,” jelasnya.
MSMR 2025 menawarkan tiga segmen utama:
- EKI JETOUR X BSC Relay Run – perlumbaan berganti dengan penggunaan sarong sebagai selempang khas, berlangsung pada 9 September.
- 5KM Malaysia Speed – kategori eksklusif untuk warganegara Malaysia, bertujuan menonjolkan bakat pelari tempatan pada 20 September.
- 5KM Fun Run – terbuka kepada semua, termasuk pelancong antarabangsa, turut dijadualkan pada 20 September.
Selain acara larian, pengunjung boleh menikmati konsert istimewa bermula jam 6.30 petang, menjadikan MSMR lebih daripada sekadar acara riadah.
JETOUR Malaysia, yang berperanan sebagai penaja utama, dalam masa sama mengumumkan Promosi September Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia.
Tawaran termasuk kad petrol bernilai RM2,000, perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun untuk 916 pelanggan pertama, serta rebat eksklusif 3% bagi penjawat awam untuk model-model terpilih.
- BACA: ISU BENDA LFC700 PRO TELAH SELESAI MELALUI SALURAN SAH – MFORCE
- BACA: ASTON MARTIN EGG3 – STROLLER DENGAN GAYA PREMIUM NI WEIII!!
- BACA: GWM ORA CAT BAHARU BAKAL HADIR SEBAGAI SUV – JANA 201HP, JARAK GERAK MASIH TANDA TANYA
- BACA: TOYOTA GR HIDUPKAN SEMULA KOMPONEN AE86, KINI DENGAN SENTUHAN MODEN

