Buletin

NADI WILLER BAWA PENYELESAIAN PENGANGKUTAN BERKUALITI JEPUN KE MALAYSIA

Nadi Willer Sdn. Bhd. (NADI WILLER) memperkenalkan platform Mobility-as-a-Service (MaaS) dengan standard Jepun bagi memudahkan perjalanan harian penduduk bandar serta mengurangkan kebergantungan kepada kereta persendirian.

Melalui perkhidmatan mobi DRT (Demand Responsive Transit), pengguna kini boleh menikmati perjalanan lebih lancar dengan gabungan rel, bas dan pengangkutan atas permintaan.

Menurutnya, langkah ini turut membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Setakat Ogos 2025, mobi DRT telah beroperasi di 26 kawasan, mencatat lebih 400,000 penumpang dengan lebih 100,000 ahli berdaftar.

Kajian menunjukkan 88 peratus pengguna menggunakan mobi DRT untuk menyambung ke pengangkutan awam, berbanding sebelum ini yang majoritinya bergantung pada tumpangan keluarga atau kereta sendiri.

Untuk memperkukuh sistem ini, NADI WILLER memperkenalkan tiga inisiatif baharu:

  1. Perancang Perjalanan Multimodal – aplikasi mobi kini membolehkan pengguna merancang perjalanan gabungan bas, rel dan mobi DRT.
  2. mobi CONNECT – dilancar 1 September 2025, menawarkan perjalanan jarak sederhana antara Mont Kiara dan LaLaport Bukit Bintang City Centre dengan laluan pintar berasaskan AI.
  3. Latihan & Keselamatan Pemandu Jepun – pemandu diberi latihan teori, praktikal dan pemantauan harian untuk menjamin keselamatan serta perkhidmatan mesra pelanggan.

Dengan sokongan bajet tambahan Inisiatif Global Selatan Jepun (FY2023), NADI WILLER bertekad menjadikan pengangkutan awam lebih mudah diakses, selamat dan mampan bagi warga Malaysia.

Google ads
Back to top button