Motosikal

HONDA MSX 125 SF – 4 WARNA BAHARU, RM10,499 SEUNIT

Boon Siew Honda semalam memperkenalkan versi terkini MSX 125 SF. Ia kini didatangkan dengan variasi warna baharu yang lebih segar serta jalur baharu.

Warna hijau, oren, biru dan merah tu menggantikan skema warna sedia ada. Mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada Disember 2016, MSX 125 terkenal sebagai sebuah jentera yang seronok ditunggang dan praktikal.

Anda boleh memiliki MSX 125 SF pada harga RM10,499 seunit (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Model baharu itu masih mengekalkan paparan LCD digital. Di samping lampu projektor dan lampu belakang LED.

Dikuasakan oleh enjin 125 cc silinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan udara, ia mampu menjana kuasa maksimum 9.7hp pada 7,000rpm dan tork maksimum 11.0Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan (multiplate wet clutch). Bagi memastikan jarak perjalanan yang jauh, tangki minyak berkapasiti 5.7 liter disediakan.

Penghidup elektrik auto memudahkannya untuk  dihidupkan dengan bekalan bateri 3.5 Ah 12 volt. Kerangka jenis tulang belakangnya memastikan ketegaran bagi motosikal yang selebar 1,755mm, panjang 730mm, tinggi 1,000 mm dan seberat , 104kg  dengan isian minyak penuh.

Suspensi hadapan adalah dari jenis topang teleskopik terbalik dan penyerap hentak  monoshock di belakang. Manakala brek cakera hidraulik pula menawarkan kuasa brek yang meyakinkan.

GALERI

Google ads
Back to top button