
MYSTIC BIKIN DAIHATSU HIJET JADI RV MINI POP BEE ACTIVE GEAR. RM133K SEUNIT
Syarikat cukup terkenal dalam pasaran perkhemahan, Mystic memperkenalkan kei camper terbaharu dikenali sebagai Mini Pop Bee Active Gear.
Mystic sangat popular membikin kei camper di pasaran Jepun menawarkan RV mini terbaharu itu dengan keupayaan offroad.
Biarpun, ia agak kecil tetapi masih dilengkapi ruang untuk tidur bagi empat orang dengan selesa.

Selain itu, Mini Pop Bee Active Gear didatangkan ruang kecil untuk memasak, sinki dan kaunter lipat kecil.
Bahagian sisi RV mini berkenaan yang dibangunkan berdasarkan Daihatsu Hijet boleh dibuka untuk dijadikan ruang menikmati hidangan bertemankan suasana semula jadi.

Mereka yang gemar melakukan aktiviti berkhemah pula, bumbung khemah pop-up boleh dipasang dipadankan dengan kipas.
Model Active Gear hadir dengan tayar Toyo Open Country malah suspensi boleh dinaik taraf, terdapat pilihan pacuan dua atau empat roda, bar bahagian hadapan dan fender.

Ia turut dijana bateri 105-Ah, lampu LED, panel solar dan sambungan kuasa luar sebagai standard untuk memudahkan pengguna.
Mini Pop Bee Active Gear ditawarkan pada harga AS$31,500 (RM132,882). – autoevolution
- BACA: EV MURAH CHINA BERI ANCAMAN BESAR KEPADA PENGELUAR KENDERAAN JEPUN – BOS DAIHATSU
- BACA: MYTUKAR JALIN KERJASAMA DENGAN DAIHATSU MALAYSIA. JUAL KENDERAAN TERPAKAI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
- BACA: ENJIN DAIHATSU WA-VE 3 SILINDER 1200CC, LEBIH EFISYEN. ADAKAH AKAN DIPASANG PADA ATIVA?
- BACA: TOYOTA RAIZE & DAIHATSU ROCKY E-SMART HYBRID MULAI DIJUAL DI JEPUN. ATIVA HYBRID BAKAL MENYUSUL?

