TOYOTA RAIZE & DAIHATSU ROCKY E-SMART HYBRID MULAI DIJUAL DI JEPUN. ATIVA HYBRID BAKAL MENYUSUL?
Daihatsu Jepun telah melancarkan satu varian baru dengan trenkuasa “e-SMART” hibrid dari jenis range extender bagi model Rocky dan juga diikuti oleh Toyota dengan model Raize.
Ia tidak menggunakan enjin 3 silinder 1KR-VET Turbo 1000cc, sebaliknya menggunakan enjin baru dengan kod WA-VEX 3 silinder 1200cc yang digunakan khusus untuk mengecas bateri sistem dari jenis lithium ion sebesar 4.3 Ah. Bateri ini seterusnya akan menghantar kuasa elektrik kepada motor elektrik yang menghasilkan 105 kuasa kuda dan 170Nm tork, lebih besar daripada kuasa enjin 3 silinder turbo
Enjin WA-VEX ini menghasilkan 80 kuasa kuda, dan seperti yang kami jangka akan menggunakan kitaran enjin Atkinson bagi tujuan meningkatkan kecekapan enjin dan hanya digunakan untuk mengecas bateri sahaja. Jadi penggunaan petrol Rocky Hybrid ini akan menjadi serendah 28km bagi setiap liter petrol.
Dari segi pengalaman pemanduan, sistem ini menawarkan pengalaman pemanduan menyamai sebuah EV disebabkan tork 170Nm responsif ini dijana dari 0 RPM. Terdapat ciri pemanduan 1 pedal sahaja yang dikenali dengan nama Smart Pedal dimana pemandu boleh mengawal pedal minyak dan membrek sekaligus
Selain daripada model hibrid, terdapat juga model 1200cc NA 3 silinder yang menggunakan enjin WA-VE (tanpa huruf X, WA-VEX hanya untuk hibrid) namun mengekalkan kecekapan therma yang tinggi, dipadankan dengan transmisi CVT dan pacuan roda depan sahaja untuk kecekapan maksimum. Bagi model 1200cc NA ini penggunaan bahan api adalah sekitar 20.7km bagi setiap liter petrol
Antara peralatan keselamatan yang akan digunakan termasuklah Smart Assist dengan sistem amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran yang boleh mengesan pejalan kaki teramsuklah di dalam gelap. Sistem pemanduan adaptif pula dilengkapi dengan ciri “stop hold function” dengan penggunaan brek elektrik yang baru dan boleh membrek sendiri pada halaju rendah
Paling menarik Rocky/Raize juga dilengkapi dengan ciri lampu “welcoming light” yang akan menyala secara automatik apabila mengesan kehadiran kunci berdekatan dengan kereta sama seperti model Toyota Harrier. Bateri sistem hibrid mampu membekalkan kuasa 100V arus terus dengan kapasiti tenaga 1500watt yang boleh digunakan untuk kecemasan sewaktu terputus bekalan elektrik
Model asas 1200cc WA-VE 2WD dijual pada harga permulaan RM 61,000 dan model e-SMART Hybrid dijual pada harga RM 73,000 sangat murah untuk sebuah crossover kompak dengan sistem hibrid dan ciri keselamatan tertinggi
Bila Perodua Ativa hibrid akan muncul?