
GEELY LANCAR HAOYUE (X90) BLACK GOLD LIMITED EDITION. HARGA BERMULA RM86K
Geely baru-baru ini memperkenalkan model Haoyue Black Gold Limited Edition untuk pasaran China. Dibina berasaskan kepada Haoyue standard, varian itu bagaimanapun dibezakan menerusi kemasan serta logo Black & Gold pada beberapa bahagian badannya.
Model edisi terhad itu ditawarkan pada harga 129,600RMB (RM86,000) untuk versi lima tempat duduk. Manakala varian tujuh tempat duduk pula memerlukan pelanggan menambah 3,000RMB (RM1,990) lagi.
Sebagai perbandingan, Geely Haoyue boleh dimiliki pada harga bermula 103,600RMB (68800) hingga 139,600RMB (RM92,700) seunit.

Haoyue Black Gold Limited Edition dihasil berasaskan kepada konsep rekaan Symphony of Space and Time Geely 4.0.
Ia tampil dengan skema warna hitam dan emas untuk tampil lebih mewah. Bahagian hadapan diserlahkan dengan rekaan gril menegak dan perumah lampu kabus bersama kemasan berwarna emas.
Logo Geely dan rim aloi aluminium Hurricane lima jejari bersaiz 19 inci itu diwarnakan hitam, selain dipasang dengan hubcap berwarna emas. Bahagian belakang pula kelihatan garang dengan jalur krom dan sepasang lampu LED.

Masuk ke ruang kabin, elemen emas dan hitam diteruskan. Kemasan emas dapat dilihat pada pada corong pendingin hawa, konsol tengah dan dial rotari. SUV berkenaan dilenglapi dengan kamera panoramik 360 darjah, kawalan jelajah, parkir automatik, bantuan menuruni bukit, sistem kemasukan tanpa kunci, naik taraf awan firmware-over-the-ar (FOTA) dan banyak lagi.
Haoyue Black Gold Limited Edition dikuasakan oleh enjin turbo 1.8 liter yang mampu menjana 184hp dan tork 300Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear manual atau klac berkembar 7-kelajuan.
- BACA: KERETA BARU UNTUK PASARAN MALAYSIA TAHUN 2022
- BACA: BAIKI EXORA SETAHUN DI PUSAT SERVIS PROTON. TAPI TAK SIAP SIAP?
- BACA: GEELY HOUYUE – 2 PILIHAN ENJIN TURBO, MAHU SAINGI MAZDA CX-8
- BACA: BARU KELUAR TEST DRIVE, PROTON X90 DILANGGAR WAJA DI LEBUH RAYA
GALERI



