Motosikal

MODENAS KARISMA 125S BAKAL DILANCARKAN 24 FEBRUARI INI

MODENAS bakal melancarkan model terbaharu Karisma 125S pada 24 Februari ini.

Video pendek mengenai pelancaran motosikal terbaharu itu dipertontonkan melalui laman rasmi Facebook MODENAS.

Melalui video berdurasi 12 saat itu, ia bakal dilancarkan secara alam maya bersama Nazrudin Rahman pada pukul 8 malam.

Dari segi rekaan Karisma 125S 2022 kelihatan lebih bergaya dan trendy dalam memenuhi permintaan peminat motosikal hari ini.

Dalam video tersebut, kelihatan motosikal berkenaan didatangkan dengan rekaan lampu hadapan berkembar yang lebih moden dan terkini.

Selain itu, ia turut mendapat sentuhan rekaan gentian karbon dalam memastikan penunggangan lebih padu.

Justeru jangan ketinggalan menyaksikan pelancaran rasmi secara alam maya pada Khamis ini. –FB MODENAS

Google ads
Back to top button