Buletin

NAK ELAK BAYAR TOL.PEMANDU LORI ‘CABUT LARI’ KETIKA PEGAWAI TOL BERPAUT DEPAN LORI

Seorang pemandu lori ‘cabut lari’ elak bayar tol dengan pegawai tol berpaut pada bahagian hadapan lori.

Video pegawai pondok tol yang menggadai nyawa di Nandyal daerah Andhra Pradesh, India telah menjadi viral di alam maya.

Menurut laporan cartoq, operator tol berkenaan berpaut pada bahagian hadapan bampar trak berkenaan untuk mencapai Fastag.

Ia berikutan pembaca RFID tidak berfungsi di pondok tol itu sebelum pemandu trak memecut ketika pegawai sedang berpaut di hadapan trak.

Pemandu trak memandu sejauh beberapa kilometer sebelum memberhentikan kenderaan apabila pegawai tol tersebut memaklumkan kepada pihak polis tindakan ‘gila’ pemandu berkenaan.

Pihak polis telah memberkas pemandu selepas kenderaan diberhentikan.

Dia memaklumkan pihak berkuasa melakukan tindakan itu untuk mengelak membayar tol. – cartoq

Google ads
Back to top button