Artikel Pilihan

CHARLES LECLERC TERBABAS DI MONACO, JAHANAMKAN KERETA FERRARI 312B

Charles Leclerc yang ketika ini mendahului mata dalam perlumbaan F1 2022 sebanyak 104 mata mengalami nasib yang kurang baik ketika aksi Monaco Hitoric Grand Prix. Ketika kejadian, Charles sedang memandu jentera F1 milik pasukannya iaitu Ferrari 312B yang pernah digunakan oleh Niki Lauda

Jentera F1 Ferrari 312B merupakan jentera yang digunakan oleh juara 3 kali F1 iaitu Niki Lauda pada tahun 1975. Ia dikuasakan oleh enjin boxer 12 silinder dengan kapasiti 3000cc yang menjana 490 kuasa kuda dengan berat jentera sekitar 582kg sahaja

Ketika melakukan demonstrasi untuk Monaco Hostoric Grand Prix, Charles hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di atas litar jalan raya Monaco. Berdasarkan video, Charles mengalami oversteer, diikuti jentera 312B berputar dengan sayap bahagian belakang menghentam penghadang keselamatan

Berdasarkan rekod percakapan Charles dengan pasukan, masalah utama yang dihadapi oleh jereta ini ialah masalah brek dengan pedal brek menjadi keras menyebabkan Charles tidak boleh menekan pedal brek di selekoh kanan La Rascasse

Walaupun Charles berjaya memandu semula dengan sayap yang rosak, nasib malang menimpanya sekali lagi apabila 312B mengeluarkan asap ketika ia mula memecut di laluan lurus. 312B yang dipandu oleh Charles dikatakan milik sebuah firma perlumbaan Methuselah Racing.

Niki Lauda memandu jentera Ferrari 312B ini ketika memenangi kejuaran pertamanya pada tahun 1975 bersama dengan Clay Regazzoni dan merupakan jentera Ferrari pertama yang dipandu olehnya. Jentera ini membantu Ferrari memenangi 3 kejuaraan sebagai pengeluar di F1 semenjak tahun 1975

Google ads
Back to top button