Artikel PilihanModifikasi

CIVIC TYPE R LAWAN NSX. SIAPA LEBIH HEBAT?

Honda Civic Type R merupakan antara kereta FWD atau FF paling popular setakat ini. Namun dengan semua kuasa dihantar ke tayar depan, Type R nampak struggle untuk mendapat cengkaman paling bagus bagi perlumbaan drag. Type R hanya akan menang di litar yang berselekoh seperti The Ring

Sehinggalah catatan masa Type R di Nurburging dikalahkan oleh Renault Megane Trophy R dengan catatan masa 7 min 40 saat. Namun Type R masih lagi pilihan ramai bagi sebuah kereta FF prestasi tinggi untuk digunakan di litar lumba dan untuk kegunaan harian

Di litar lumba, rekaan enjin, transmisi serta pacuan depan Honda Civic Type R akan menunjukkan prestasi yang sebenar. Jadi rancangan permotoran popular Fifth Gear membuat keputusan mencabat hegemoni Type R. Bukan dengan Golf GTi atau Ford Focus ST, tapi dengan Honda NSX pacuan roda belakang.

Pada tahun 1990, Honda telah melancarkan model NSX dengan enjin 3000cc V6 NA yang dipasang pada bahagian tengah cesi untuk agihan berat yang ideal. Honda NSX merupakan sebuah supercar mampu milik, praktikal, ideal dan menjadi simbol apa yang Honda boleh buat untuk mencuri pelanggan Ferrari

Walaupun tidak menggunakan enjin V8, tapi ia dibangunkan dengan cesi aluminium dengan berat 1230kg sahaja. Enjin NSX menampilkan penggunaan aloi titanium dan teknologi VTEC bagi menghambur 270 kuasa kuda. Model ini diuji oleh Sotoru Nakajima iaitu pemandu F1 dan diperhalusi oleh Ayrton Senna bagi pengendalian dan tetapan suspensi

Rancangan Fifth Gear ingin menguji samaada supercar Honda yang berusia 30 tahun ini lebih pantas di litar jika dibandingkan dengan Honda Civic Type R di litar dengan membandingkan catatan masa terpantas. Model yang digunakan dalam video ini merupakan model tahun 2005, sebelum Honda menghentikan pengeluaran NSX

Honda NSX dalam video ini menggunakan enjin C32B 3200 V6 dengan 280 kuasa kuda dan 298Nm tork. Bagi model JDM, ia menghasilkan 290 kuasa kuda dan 304Nm tork. Jika dibandingkan dengan Civic Type R 320 kuasa kuda dan 400Nm tork, NSX ada kelebihan dengan cesi ringan dan masa pecutan 0.3 saat lebih pantas bagi 0-100km/j berbanding Civic Type R

Gordon Murray iaitu pereka supercar McLaren F1 pernah memiliki dan memandu NSX sebagai kereta harian ketika sedang mereka McLaren F1. Tulis panjang-panjang pun tak best, nah tonton video di bawah.

Google ads
Back to top button