Buletin

NASIM BUKA HAB BADAN & CAT DI PUCHONG

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) hari ini telah membuka Peugeot Puchong Body & Paint sebagai sebahagian daripada langkah pengembangan rangkaiannya ke seluruh negara.

Peugeot-Puchong -Body-Paint-Centre-mekanika (3)

Peugeot Puchong Body & Paint merupakan cawangan kelima yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan menjadi cawangan Peugeot kesembilan di Lembah Klang.

Pusat tersebut akan memberi khidmat kepada pelanggan Peugeot di Lembah Klang, terutama di sekitar Puchong seperti Aman Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Putra Heights, Bandar Bukit Puchong, Bandar Puchong Jaya, IOI Mall, Puchong Perdana, Puchong, Bandar Puteri, Saujana Puchong, Taman Kinrara dan Taman Puchong Utama.

Peugeot-Puchong -Body-Paint-Centre-mekanika (4)

Dengan pelaburan sebanyak RM2 juta, Peugeot Puchong Body & Paint memiliki keluasan 20,000 kaki persegi.

Ia turut dilengkapi ruang penghantaran, bahagian anggaran, Wi-Fi percuma dan lounge yang selesa untuk para pelanggannya. Sementara 16 ruang penyelenggaraan itu  mampu menyelenggara sehingga 80 unit kenderaan sehari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button