Buletin

P2 JUAL 108,500 UNIT KENDERAAN PADA 1H

Perodua baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan untuk separuh pertama tahun 2015 meningkat sebanyak 14.8 peratus kepada 108,500 unit kenderaan berbanding 94,500 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Perodua-1st-half-performance-2015-mekanika (2)

Peningkatan itu banyak disumbang oleh permintaan kukuh terhadap model Axia.

“Berdasarkan kepada analisis dalaman, kami menggangarkan perkongsian pasaran untuk enam bulan pertama adalah 33.8 peratus. Ini berdasarkan kepada sasaran volum industri secara keseluruhan iaitu sebanyak 321,400 unit kenderaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu taklimat kepada media di ibu negara.

SONY DSC

Menurut Aminar, sebanyak 53,700 unit Axia telah terjual mulai Januari hingga Jun 2015. Angka itu merangkumi hampir 50 peratus jualan keseluruhan Perodua. Sejak dibuka pada Ogos 2014, Perodua menerima tempahan 134,000 unit Axia dan telah menyerahkan 83,700 unit sehingga 9 Julai lalu.

Perodua-1st-half-performance-2015-mekanika (4)

Dilihat dari segi suku tahunan pula, jualan kenderaan Perodua menurun sebanyak 10 peratus kepada 51,300 unit pada suku kedua, berbanding 57,200 untuk suku pertama tahun ini.

“Penurunan ini adalah disebabkan oleh maklum balas pengguna terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Jualan (GST) bermula 1 April lalu. Jadi, kami menjangkakan bahawa permintaan sedikit kurang untuk separuh kedua tahun ini.

Perodua-1st-half-performance-2015-mekanika (5)

“Biarpun begitu, kami tetap yakin Perodua mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 208,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan terhadap Axia yang terus kukuh. Di samping beberapa aktiviti jualan yang telah kami rancang untuk separuh kedua tahun ini,” jelas Aminar.

Menyentuh tentang selepas jualan pula, perolehan daripada servis menokok sebanyak 7.6 peratus kepada RM292.6 juta, berbanding RM271.8 juta pada tempoh sama tahun lalu.

SONY DSC

Namun, perolehan daripada alat ganti menurun kepada RM120.3 juta (2.7 peratus). Penurunan itu berikutan isu-isu bekalan dalaman.

Dari segi pengeluaran, Perodua telah menghasilkan 116,000 unit kenderaan dari Januari hingga Jun 2015, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding 104,000 unit pada tempoh sama tahun lalu.

SONY DSC

Perodua juga yakin dapat mencapai sasaran selepas jualan untuk tahun 2015 berdasarkan kepada keputusan yang memberangsangkan daripada perniagaan Badan & Cat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button