Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT KAJANG

Sebagai sebahagian daripada langkah pengembangan rangkaiannya ke seluruh negara, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini melancarkan cawangan terbaharunya, Peugeot Kajang.

Peugeot-Kajang-mekanika (2)

Peugeot Kajang merupakan cawangan keempat yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini. Ia menjadi cawangan Peugeot yang ke-18 di kawasan Lembah Klang.

Dioperasikan oleh MN Otomobil Sdn. Bhd. (MN Otomobil), pusat 4S itu akan memberi khidmat kepada pelanggan di sekitar Petaling Jaya, seperti Kajang, Bandar Baru Bangi, Baru 9 Cheras, Beranang, Hulu Langat, Semenyih, Seri Kembangan, UKM Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Peugeot-Kajang-mekanika (3)

Melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta, Peugeot Kajang memiliki keluasan 12,000 kaki persegi yang merangkumi kemudahan badan & cat, Wi-Fi percuma serta ruang menunggu untuk para pelanggannya. Pusat servis itu juga mempunyai 13 ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan sehari.

“Jumlah kenderaan Peugeot yang didaftarkan di Kajang dan kawasan sekitarnya adalah sebanyak 2,192 unit. Angka ini dijangka akan terus meningkat,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Peugeot-Kajang-mekanika (4)

Nasim kini mempunyai 43 cawangan di seluruh negara sejak ia memulakan pengembangan rangkaiannya empat tahun lalu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button