Buletin

NAZA EURO MOTORS LANCAR DS 5 – RM198,888 SEUNIT 

DS akhirnya dilancarkan sebagai sebuah jenama yang berdiri sendiri menerusi pengenalan model DS 5 baharu.DS 5 tampil dengan gayaan avant-garde, dinamik, kemas dan teknologi tercanggih. Ia menyerlahkan semua DNA kenderaan DS sekarang dan masa depan. Semua emblem jenama Citroen padanya juga telah dibuang.

Jentera ini hadir dengan identiti jenama dengan wajah baru. Paling ketara ialah kerangka gril krom berbentuk heksagonal bersama monogram DS di tengahnya. Ciri dinamiknya diteruskan menerusi DS Wings yang diposisikan hampir dengan lampu utama LED.

Bahagian belakang pula diserlahkan dengan rekaan lampu baru dan paip ekzos berkembar.

DS 5 dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus bersesaran 1.6 liter berkuasa 163hp pada 6,000rpm dan tork 240Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Bahagian kabin mengetengahkan rekaan kokpit pesawat. Butang kawalan utama diletakkankan di atas dua konsol tengah. Pengalaman pemanduan berteknologi tinggi dipertingkatkan lagi dengan skrin sentuh berwarna. Sistem itu memudahkan urusan navigasi dan muzik. Hadir dengan teknologi Mirror Screen, ia membolehkan kandungan telefon pintar dipancarkan ke skrin.

Anda pasti berpuas hati dengan sistem audio Denon Hi-Fi yang terdiri daripada enam unit pembesar suara dan sebuah subwoofer pada bahagian but. Kemewahan ruang kabin ditambah dengan pilihan upholsteri kulit hitam atau beige.

Dari segi keselamatan, DS 5 dilengkapi enam beg udara, Electronic Stability Program (ESP), Anti-Lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Brake Distribution (EBD) dan Dynamic Stability Control (DSC).

DS 5 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 120,00km, servis bantuan tepi jalan 24 jam dan akses eksklusif ke Sky Lounge by Naza di Lapangan Terbang Subang.

BACA: CITROEN DS WILD RUBIS

Berharga RM198,888 seunit, DS 5 boleh anda miliki dalam warna kelabu, hitam, biru, putih dan ungu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button