Buletin

HONDA MALAYSIA TERUSKAN INISIATIF PEMERIKSAAN KERETA SECARA PERCUMA SEMPENA HARI RAYA

Sempena sambutan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, Honda Malaysia akan menganjurkan sesi pemeriksaan kenderaan secara percuma di beberapa stesen minyak Petron yang terpilih. 

Pada 15 hingga Jun 2017, anda bleh menghantar kereta Honda atau apa jua kenderaan ke stesen minyak Petron Jalan Lecongan Barat, Kedah; Petron Satellite Pasir Tumboh, Kelantan dan Petron Taman Jaya, Johor.

Sementara pada 16 hingga 18 Jun 2017 pula, pemeriksaan akan diadakan di Petron Jalan Kuala Kangsar, Perak; Petron Subang Parade, Selangor; Petron Ulam North, Sabah dan Giant Stutong di Sarawark. Waktu operasi ialah 8.00 pagi hingga 6.0 petang.

Pemeriksaan melibatkan 32 kenderaan seperti berikut:

BACA: HONDA MALAYSIA AKAN LANCAR CIVIC TYPE-R TAHUN INI?

Lebih menarik lagi, orang ramai yang membuat pemeriksaan akan diberi kurma dan air mineral secara percuma. Selain berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Petron. Jadi, Jangan berlengah lagi!

Google ads
Back to top button