Buletin

PUSAT 3S PERTAMA PEUGEOT DIBUKA DI GLENMARIE. 12 RUANG SERVIS, SELESA UNTUK SEMUA 

Bermaz Auto Alliance secara rasmi telah membuka pusat 3S Peugeot pertamanya di Glenmarie, Shah Alam. Pusat 3S itu mengadaptasi identiti jenama terbaharu Peugeot dan tampil dengan kemudahan penuh melibatkan jualan, servis dan alat ganti. 

Sebagai sebahagian daripada kumpulan Bermaz Automotive, Bermaz Auto Alliance  berazam untuk menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan. Ia juga komited untuk meningkatkan kembali jenama Peugeot dengan memberikan sokongan selepas jualan dan jaminan. 

Sokongan selepas jualan itu turut merangkumi jenama Citroen dan DS yang berada di bawah Stellantis Group. Premis berkenaan dilengkapi 21 ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik berpengalaman. Ia juga mempunyai peralatan diagnostik termaju dan peralatan penyelenggaraan bagi memastikan kenderaan dapat berada dalam prestasi sebenar. 

Pelanggan yang datang boleh berehat di ruang lounge lengkap bersama minuman, ruang bekerja dan wifi percuma. 

Terletak di Lot.15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park U1, 40150, Shah Alam, Selangor, pusat servis itu beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00pm pada hari bekerja dan 8.00am hingga 12.00pm pada Sabtu. 

Untuk membuat temu janji servis, pelanggan boleh menghubungi talian 03-5021 2300 (ext. 2402/2403). Temu janji secara dalam talian juga boleh dibuat di customer.peugeot.com.my 

Sekiranya pelanggan memerlukan bantuan di tepi jalan, mereka boleh mengubungi 1-800-22- 3399 pada bila-bila masa. Pelanggan diminta untuk mengemaskini maklumat masing-masing di laman web: https://baasb.com.my/Peugeot/index.html 

GALERI

Google ads
Back to top button