Buletin

MAAF, KOENIGSEGG REGERA R 1,500HP INI SUDAH HABIS DI TEMPAH SEMUANYA

Ini bukan lagi taraf supercar. Kereta-kereta seperti Koenigsegg, Pagani, Gumpert, Chiron kini berada dalam kelas hypercar. Kalau Henry Ford masih hidup, nescaya beliau akan terkena serangan Jantung bila tahu ada kereta yang dijual dengan bekalan 1,500hp.

Realitinya, perlumbaan mengejar kuasa kuda dan kelajuan tidak pernah berhenti. Bugatti mengumumkan 1,500hp Chiron sementara Koenigsegg ada Regera R 1,500 kuasa kuda juga. Secara asasnya, ia adalah model Regera yang dipertingkatkan ke tahap maksimum.

BACA: KENAPA BELUM ADA KERETA 300MPH?

Model hibrid ini dilengkapi enjin V8 twin-turbo bersesaran 5.0 liter, tiga unit motor elektrik dan tidak mempunyai transmisi. Ya ia tiada transmisi – kuasa disalurkan pada pada motor hybrid yang bertugas sebagai unit pemacu dan pengagih kelajuan.

Bukan hianya canggih tetapi Regera R akan dihasilkan dengan bilangan terhad – 80 unit sahaja dan pada penghujung tahun lepas, separuh daripadanya dikatakan sudah mempunyai pembeli. Harganya? Hampir AS$2 juta (RM9 juta) seunit.

Semalam, CEO, Christian von Koenigsegg mengumumkan bahawa 80 unit tersebut sudah habis ditempah kesemuanya menjadikannya model paling banyak dijual dalam sejarah Koenigsegg.

“Regera R adalah lambang tetinggi kejayaan automotif dan teknologi Koenigsegg. Pelanggan dan peminat kami menghargai apa yang kami bina. Ia adalah kejituan teknologi enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik,” ujar Christian von Koenigsegg.

Antara yang menarik tentang Regera R ialah pembahagian kuasa mutlaknya.

BACA: REGERA RHD DI AUSTRALIA

Mazda CX30

Motor elektrik Regera R ini berupaya menghasilkan 670 kuasa kuda. Ia dipasangkan pada bahagian crankshaft dan sepasang lagi pada gandar belakang yang bertindak sebagai pemacu. Walaupun menghasilkan kuasa motor sebesar sebuah enjin Mclaren P1, ia dilengkapi pek bateri hanya seberat 66kg.

Bateri ini pula dipadankan dengan sistem penyejuk individu. Secara keseluruhannya, nisbah kuasa kepada berat ialah 10hp bagi setiap 1 kg menjadikannya nisbah paling tinggi untuk kereta hybrid dalam pasaran. Prestasinya ialah 0-400kmj dalam 23 saat.

Gila!

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button