
NAZA JUAL KERETA KIA SERENDAH RM8,000! HUJUNG MINGGU NI SAHAJA!
Naza Kia, pemegang hak jenama kenderaan Kia di Malaysia bakal mengadakan acara juala Kia Pre-Owned di Naza Automall Petaling Jaya pada hujung minggu ini.
Apa yang lebih menarik, mereka akan menjual kereta jenama Kia pada harga serendah RM8,000 sahaja dan dikhabarkan terdapat lebih 200 unit pra-pemilikan Kia dipamerkan.
Karnival ini diadakan selama dua hari sahaja bermula 9.30 pagi hingga 6.00 petang pada 28 Jun hingga 30 Jun, hujung minggu ini.
Hampir semua model Kia ditawarkan. Dari model kompak Kia Picanto hingga ke SUV tujuh tempat duduk Kia Sorento akan dibuka untuk jualan.
Kalau anda rasa nak tengok model baru pun boleh. Model-model seperti Stinger juga ada pada mereka yang berminat dan banyak duit.
Anda boleh bawa keluarga juga sebab dalam karnival dua hari ini pelbagai aktiviti turut diadakan seperti gerai makanan, cabutan bertuah dan berbagai lagi.