
TOYOTA BAYAR NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF BONUS TAHUNAN RM38.6 JUTA – KENAPA BANYAK SANGAT?
Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Corp., Didier Leroy dilapor menerima bayaran sebanyak ¥1 bilion (RM38.6 juta) untuk tahun kedua berturut-turut.
Menurut laporan kewangan Toyota, Leroy menerima pampasan atau bonus eksekutif itu bagi fiskal kewangan tahun 2018 yang berakhir pada Mac 2019.
Ini merupakan kenaikan sebanyak ¥16 juta (RM618,850) berbanding tahun sebelumnya dan menjadi bayaran paling tinggi untuk mana-mana eksekutif Toyota.
Leroy menyertai Toyota pada tahun 1998 selepas bekerja dengan Renault SA.
Ketika membuat keputusan mengenai bayaran kepada Leroy, Toyota menyatakan ia mengambil kira tahap pembayaran oleh syarikat-syarikat utama di Amerika Syarikat dan Eropah yang yang relatifnya cukup tinggi. Langkah itu dibuat supaya eksekutif bernilai tinggi seperti Leroy kekal bersama Toyota.
Pembayaran itu juga secara langsung menunjukkan kekukuhan prestasi kewangan Toyota.
Untuk fiskal kewangan 2018, Toyota menjadi syarikat Jepun pertama yang melaporkan jualan keseluruhan lebih ¥30 trilion (RM1,158 trilion).