Buletin

FACELIFT TERBARU GEELY BO YUE PRO. ADAKAH PROTON X70 CKD DAPAT YANG INI?

Beberapa hari lepas, Geely membuat kejutan dengan melancarkan facelift terbaru Bo Yue yang dikenali sebagai Bo Yue Pro. Kembarnya di sini ialah Proton X70 dan sudah tentu ia menjadi sebahagian dari berita gembira di Malaysia.

Inilah facelift yang boleh memalukan pemain utama industri automotif Jepun sekalipun. Ia bukan sekadar perubahan kosmetik semata-mata, hampir segenap bahagian telah dipertingkatkan demi untuk mengekalkan popularitinya sebagai antara pilihan SUV terbaik di China.

Walaupun sekali imbas nampak sama dari sudut kosmetik, bahagian luar SUV ini telah diperbeharui dengan rekaan mirip Xingyue yang dilancarkan pada awal bulan Mei, dengan lampu depan yang lebih besar dan rekaan hud depan baru.

Bumper hadapan dan juga belakang telah direka semula. Untuk melengkapkannya sepasang lampu belakang jenis LED baharu ditempatkan menggantikan versi sebelumnya.

Paling menonjol sebenarnya ialah bahagian kabin yang kini menampilkan rekaan baru sepenuhnya pada papan instrumentasi dua tona yang kelihatan seperti dua lapisan.

Bahagian infotainmentnya dilengkapi dengan skrin yang lebih lebar dari model sekarang. Corong pendingin hawa juga telah direka bersama-sama dengan roda stereng baru.

Pendek kata, bahagian dalaman memang langsung tidak kelihatan seperti Proton X70 kecuali pada bahagian konsol tengah yang menerima sentuhan perubahan yang minimum, tombol gear baharu.

Dari segi kuasa pula, Varuan 1.8 turbo kini menghasilkan tork lebih tinggi ( 181 hp / 300 Nm tork). Ia dipasangkan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan.

Bagi varian 1.5 turbo pula (174 hp / 255 Nm tork) ia dipadankan dengan kotak gear konvensional enam kelajuan dengan torque converter.

Menjelang pelancaran Proton X70 versi CKD yang dijadualkan pada penghujung tahun ini, kehadiran Bo Yue Pro ini sudah tentu menimbulkan tanda tanya kepada peminat SUV ini.

Adakah Proton akan memilih untuk memasangkan varian terbaru di kilang mereka di Tanjung Malim nanti? Dengan memerhatikan perkembangan pantas industri automotif China, kami rasa Geely akan membekalkan model ini. terbaru dan terkini kerana mereka kerap menggantikan model dan menjual varian terbaru lebih mudah untuk menyelaraskan perihal lepas jualan seperti alatganti dan juga servis.

Tapi kita tidak akan tahu, sehingga tarikh pelancaran X70 versi CKD semakin hampir nanti.

Apapun, pendapat kami, varian Pro ni memang kemas, moden dan cantik!

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button