Buletin

NAZA KIA MALAYSIA LANJUTKAN PROGRAM BANTUAN BANJIR KE PANTAI TIMUR

Dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan, Naza Kia Malaysia mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan program bantuan banjir yang sebelum ini ditawarkan di wilayah Utara ke Pantai Timur.

Langkah itu dibuat berikutan negeri-negeri di Pantai Timur kini mula berdepan dengan bencana banjir. Justeru, bermula hari ini hingga 31 Disember 2017, semua pemilik kenderaan kia yang terjejas akibat banjir boleh menghantar kereta mereka ke outlet sah Kia untyk mendapatkan pemeriksaan secara percuma.

Naza Kia Malaysia juga akan memberi diskaun sehingga 50 peratus ke atas alat ganti dan potongan untuk kos buruh. Ia bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami.   

Program bantuan ini hanya sah untuk kenderaan yang tidak dilindungi oleh insurans bencana alam.

Pada masa yang sama, pemilik boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengelakkan kenderaan mereka mengalami kerosakan lebih teruk:

  1. Jangan hidupkan enjin atau pulas suis penghidup.
  2. Kunci pintu kenderaan secara manual untuk mengelakkan kerosakan alat ganti elektronik akibat penggunaan penggera jarak jauh (remote alarm).
  3. Cabut sambungan terminal negatif bateri untuk menghalang aliran elektrik dalam kenderaan.
  4. Buat laporan polis dan maklumkan syarikat insurans anda.
  5. Alihkan semua barangan berharga dari dalam kereta.
  6. Tunda kenderaan anda ke pusat servis Kia terdekat untuk diperiksa.

Outlet Naza Kia yang mengambil bahagian:

No

Outlet

Negeri

1

NKM Kuantan Red Cube

Pahang

2

Autohaus Prima Sdn Bhd

Terengganu

3

Sri Baru Fast Automobile Sdn Bhd

Kelantan

Google ads
Back to top button