Buletin

NAZA LANCAR DUCATI MONSTER 797, RM55,900

 

Bersempena dengan Naza Autofair yang berlangsung Next Bike Sdn Bhd, anak syarikat Naza yang merupakan pemegang hak jenama Ducati di Malaysia telah melancarkan Monster 797. Model naked siri “7” ini pernah menjadi Ducati paling mampu milik menerusi model 795 beberapa tahun lepas dan membolehkan peminat motosikal berkuasa tinggi Malaysia membeli motosikal Ducati pada harga motosikal Jepun.

Ia kini digantikan dengan Onster 797 dan masih mengekalkan DNA yang sama dengan siri naked Monster lain. Ia dipasangkan dengan enjin Desmodue L twin, sejukan udara, kerangka trellis dan lampu hadapan bulat yang cukup ikonik bagi Monster sejak siri ini diperkenalkan pada dekad 90-an.

BACA: DUCATI PANIGALE R FINALE EDITION

Enjin baru ini menghasilkan sejumlah 75 kuasa kuda pada 8,250 rpm dan menepati piawaian EURO 4. Seiring dengan rangkaian teknologi moden, ia juga dipasangkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) sebagai peralatan standard. Kelengkapan lain ialah Brek Brembo M4.32 yang mengapit cakera berkembar Brembo 320mm di hadapan.

Jika anda sedang tercari-cari “Ducati pertama”, Monster adalah calon yang sesuai untuk dimulakan. Mungkin Ducati Scrambler lebih murah tapi scrambeler tu memang nampak murah betul dia punya bentuk dan finishing elok tampal logo Demak la Abang Japar rasa.

tapi Monster ni walaupun harganya serendah RM55,900 yang mana pada sekitar motosikal Jepun, ia masih nampak sebuah Ducati yang cukup sifatnya.

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button