Buletin

NEW YORK HARAMKAN PENJUALAN KERETA BERENJIN 2035

New York merupakan negeri ketiga di Amerika Syarikat yang mengumumkan pengharaman penjualan kenderaan baharu berenjin pembakaran dalaman.

Langkah tersebut bakal berkuatkuasa pada tahun 2035, di mana Gabenor New York, Kathy Hochul mengarahkan pelbagai agensi kerajaan untuk mengubah regulasi dan peraturan bagi menghalang rakyat membeli kereta baharu berenjin.

Cadangan terbaharu itu turut membentangkan perancangan kerajaan negeri tersebut untuk meningkatkan penjualan kenderaan sifar emisi (ZEV) termasuk kereta elektrik (EV) untuk tempoh 13 tahun akan datang.

Menjelang 2026, pihak berkuasa mahukan 35 peratus daripada jumlah jualan terdiri daripada ZEV, dan meningkat kepada 68 peratus pada 2030, dan 100 peratus menjelang tahun 2035.

Hochul juga menjelaskan, undang-undang baharu itu turut merangkumi peraturan pencemaran baharu untuk segmen kenderaan penumpang, trak tugas ringan, serta kenderaan tugas sederhana yang akan berkuatkuasa pada tahun 2026.

Pelaksaan peraturan baharu itu bakal memberikan keringanan kepada pengeluar automotif sewaktu tempoh peralihan kepada era ZEV.

Selain daripada New York, California turut mengumumkan langkah y ang serupa sebelum ini, dengan menyasarkan 35 peratus penjualan kereta baharu terdiri daripada ZEV menjelang 2026, dan meningkat kepada 51 peratus menjelang tahun 2028. – Motor1

Google ads
Back to top button