Buletin

TOYOTA FJ CRUISER FINAL EDITION, 1000 UNIT SAHAJA, UNTUK PASARAN TIMUR TENGAH

Toyota baru-baru ini mengumumkan penamatan penawaran bagi model SUV ikonik FJ Cruiser untuk pasaran Timur Tengah yang akan berakhir pada Disember 2022.

Serentak dengan itu, Toyota turut memperkenalkan sebuah model pengakhiran Final Edition, dengan jumlah produksi hanya 1,000 unit sahaja.

Toyota FJ Cruiser telah pun dijual di pasaran tersebut sejak tahun 2007 lagi, dan masih lagi bertahan sehingga kini walaupun ia telah pun dihentikan di beberapa buah pasaran dunia.

1,000 unit FJ Cruiser itu bakal mendapat kemasan warna luaran beige, gril hitam, bampar hitam, perumah cermin sisi dan pemegang pintu berwarna serupa, serta pelindung tayar simpanan berwarna hitam.

Setiap model juga dilengkapi dengan rim aluminium bersaiz 17 inci dan tempat pemijak sisi secara standard, diikuti dengan lencana Final Edition.

Perincian harga bagi SUV berenjin V6 4.0 liter (270 hp/380 Nm) masih belum didedahkan, namun kesemua unit akan diedarkan kepada pelanggan pada suku keempat tahun ini.

Google ads
Back to top button