
10 SEBAB ICE LEBIH BAIK BERBANDING EV – JOM KITA BERGADUH
Perselisihan pendapat sentiasa berlaku antara peminat EV dan pecinta ICE. Malah di kalangan kami penggiat media automotif juga selalu saling menyindir antara satu sama. Biasa la ‘blood brother’ katakan. Kita ada pasukan Abang Japar yang pro ICE, Abang Gan yang pro EV dan Brian Paan yang macam lalang. Kejap suka ICE kejap suka EV. Haih susah betul generasi Y ni. Apa pun sebab kami memang pro ICE kami akan berikan sebab kenapa ICE ada jauh lebih baik berbanding EV.
- Mengeratkan ikatan silaturrahim
Macam mana tu? Ya, dari dulu lagi komponen-komponen kereta ICE ni lebih mudah dicapai dan diselenggara. Setengah proses macam menukar minyak pelincir boleh dilakukan sendiri di rumah bersama anak-anak bagi memupuk minat dari awal. Hanya bermodalkan beberapa peralatan ringkas ia boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

EV? Bukan hanya komponennya ditutup dengan rapi, malah ia juga melibatkan komponen dengan voltan tinggi yang memang tidak seharusnya diusik jika anda bukan seorang pakar yang mempunyai peralatan khas.
Bayangkan melakukan penyelenggaraan bersama kawan-kawan yang satu kepala sambil layan kopi secawan dua. Dengan EV boleh ke buat macam tu?
- Range anxiety? Maaf, memang tak wujud untuk pemilik ICE
Memang EV dah makin canggih dengan jarak operasi yang semakin bertambah. Tapi macam mana kalau membawa kenderaan EV yang penuh dengan penumpang dan muatan. Perjalanan dah la jauh, musim perayaan trafik pula sesak. Perancangan awal untuk proses mengecas perlu dirancang dari awal. Silap-silap steseng pengecasan penuh pula siap beratur. Bateri pula dan makin hilang kuasa. Menaip ni pun dah rasa berdebar.

Kereta ICE? Haram tak ada masalah macam ni kecuali kalau memang tak ada duit nak isi petrol. Setakat Kuala Lumpur ke Sungai Petani tu setangki penuh minyak dah lebih dari cukup. Berhenti pun cukup sekadar lima minit sebab tak tahan nak terkencing.
- Jarak perjalanan ICE tidak terjejas dalam apa jua keadaan cuaca.
Range anxiety bagi EV ni bukan hanya berkait rapat dengan berat muatan dan pecutan yang dilakukan. Faktor cuaca turut berkait rapat. Dalam keadaan cuaca sejuk, bateri menjadi kurang cekap dan pengecasan memakan masa yang lebih lama. Dalam keadaan terlalu panas pula jangka hayat bateri menurun dengan lebih cepat. Kuasa bateri pun cepat surut.

Kenderaan ICE? Hujan, rebut, salji, kemarau pun tak ada masalah. Asalkan kenderaan tersebut diselenggara dengan baik secara berkala.
- Kuasa tunda kenderaan ICE lebih baik berbanding EV
Bukan bermaksud anda perlu menunda treler tapi ia bermaksud kecekapan tenaga semasa membawa kargo yang berat lebih memihak kepada kenderaan ICE. Memang ia akan menggunakan bahan api yang lebih tapi jika dibandingkan dengan EV ia memang nampak kalah teruk la. Sebab tu Ford F-150 jadi model terlaris di AS selama 40 tahun berturut-turut. Sebab ianya kuat, lasak dan jauh lebih boleh diharap berbanding kenderaan EV.

- Pilihan kaki modifikasi
Pernah dengar orang mengubahsuai EV? Setakat tukar rim tu biasa la. Bagi pemilik kenderaan ICE pula, peluang modifikasi untuk mereka terbuka dengan lebih meluas. Nak tambah kuasa berapa banyak kuasa pun boleh.
Tak suka ubahsuai enjin kita main ekzos. Nak bunyi macam mana cakap je. Ekzos perang, ekzos damai, ekzos buloh… cakap je.

- Kos operasi kenderaan ICE lebih murah
Walaupun prasarana EV dan makin berkembang, ia masih belum setanding dengan jumlah stesen minyak di seluruh negara. Malah kos operasi ICE juga jauh lebih rendah dari EV. Gaya hidup EV memerlukan beberapa perkara asas antaranya ialah:
- Kos pemasangan pengecas di rumah.
- Kos naik taraf sistem elektrik rumah
- Insuran EV yang lazimnya lebih mahal (cukai jalan percuma EV hanya sampai hujung tahun ni je tau)

- Jumlah stesen minyak lagi banyak dari stesen pengecas EV
Ini memang satu fakta yang sangat kuat. Kau masuk la celah ceruk mana pun mesti ada stesen minyak tapi untuk EV? Malas la nak cakap banyak. Itu belum campur jumlah pam. Sepuluh kenderaan ICE boleh mengisi petrol atau disel dalam satu masa tapi EV?

- Pilihan segmen yang lebih luas untuk kenderaan ICE
Ini memang ramai dah tau kot? Pelbagai kategori kenderaan boleh dipilih jika korang mengambil jurusan ICE tapi kalau EV ambik je lah mana yang ada. Sekarang nasin baik ada BYD, sebelum ni EV hanyalah dalam bentuk kereta penumpang biasa. 4×4, wagon, coupe, convertible memang payah la nak cari kalau masuk jurusan EV. Kalau ada pun belum tentu korang terpikat.
Okey cukup la dulu kot 8 sebab ni. Panjang-panjang kan letih pula geng pro EV nak tepis.