Artikel Pilihan

BERAPA KOS SERVIS PROTON X70 1.5 TGDI DENGAN TRANSMISI DCT?

Ketika Proton X70 dilancarkan pada tahun 2019, ia hanya ditawarkan dengan satu pilihan enjin sahaja iaitu 1800cc TGDi. Bagi tahun 2022, SUV paling laris di Malaysia ini ditawarkan dalam 2 pilihan enjin iaitu 1800cc 4 silinder TGDi bagi varian termahal dan 1500cc TGDi 3 silinder bagi lain-lain varian.

Memandangkan penawaran harga dan kos pemilikan lebih membuatkan pembeli menjurus kepada enjin 1500cc TGDi, maka kami akan huraikan kos servis Proton X70 1500cc TGDi bagi varian pacuan 2 roda dan pacuan semua roda AWD.

1. 1000km – Servis pertama ialah pada 1000km pertama di mana pemilik akan menukar minyak enjin (RM 189), penapis minyak enjin (RM 50.25) dan plug gasket (RM 5.26) bagi varian 2WD. Bagi varian AWD drain plug gasket berharga RM 3.88. Kos keseluruhan servis ialah RM 243.13 bagi AWD dan RM 244.51 bagi 2WD.

2. 10,000km – pada ketika ini penapis udara enjin (RM 71.64) perlu ditukar menjadikan kos keseluruhan servis ialah RM 314.77 bagi AWD dan RM 316.15 bagi varian 2WD.

3. 20,000km – ketika ini pemilik perlu menukar penapis bahan api dengan harga RM 28.18 dan penapis kabin untuk penyaman udara N95 dengan harga RM 79.00. Kedua dua komponen ini boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan jenama kereta yang lain. Kos servis pada ketika ini ialah RM 351.69 (2WD) dan RM 350.31 (AWD)

4. 30,000km/50,000km/70,000km/110,000km – menu servis ketika ini hampir sama dengan servis 10,000km kecuali dengan tambahan kos upah (RM 78) dan cukai (RM 4.68). Kos keseluruhan servis ialah RM 397.45 (AWD) dan RM 398.83 (2WD).

5. 40,000km/80,000km- ini mimpi ngeri bagi semua pemilik kereta tak kira apa jenama sekali pun kerana ketika ini anda perlu buat servis major. Antara komponen yang perlu ditukar ialah palam pencucuh (RM 96.84), minyak brek (RM 19.81), penapis bahan api (RM 28.18), filter kabin N95 (RM 79) dan upah (RM 162).

Jadi pada ketika ini pemilik X70 perlu membayar RM 640.06 (2WD) dan RM 638.38 (AWD). Ini adalah servis berulang pada 80,000km dan 120,000km

6. 60,000km – untuk servis kali ini pemilik wajib menukar cecair penyejuk enjin (RM 135.45), penapis bahan api (RM 28.18), penapis kabin N95 (RM 79), SST (RM 9) dan upah (RM 150). Jadi secara keseluruhan kos yang perlu dibayar ialah RM 644.76 (AWD) dan RM 646.14 (2WD).

7. 90,000km – pada waktu ini cecair hidraulik bagi transmisi DCT perlu ditukar (RM 237.36), penapis udara enjin (71.64), upah (RM 120) dan SST (RM 7.20). Ini menjadikan kos keseluruhan servis ialah RM 680.71 (2WD) dan RM 679.33 (AWD)

8. 100,000km – ketika ini penapis bahan api (RM 28.18), filter kabin N95 (RM 79), upah (RM 90) dan SST (RM 5.40) perlu dibayar. Kos yang perlu dibayar pada ketika ini ialah sekitar RM 445.71 (AWD) atau 447.09 (2WD)

9. 120,000km – hampir sama seperti kos servis major pada 40,000km dengan tambahan cecair penyejuk enjin (RM 135.45), kit tali sawat pemasaan (RM 195.16), drive belt (RM 41.36), upah (RM 372) dan SST (RM 22.32). Kos yang perlu dibayar ketika ini ialah RM 1233.25 (AWD) atau RM1234.63 (2WD).

10. Sebenarnya kos servis X70 boleh dikatakan agak mampu milik jika dibandingkan dengan jenama kereta lain terutama selepas Proton menggunakan minyak enjin jenama sendiri. Bagi X70 ia menggunakan minyak enjin sintetik penuh sebanyak 5 liter

Minyak ini menggunakan kelikatan 5W-30 dengan gred diiktiraf API SP ILSAC GF-6A. Antaranya kelebihan minyak ini ialah mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, menngurangkan penggunaan bahan api dengan rintangan rendah, perlindungan enjin yang lebih baik bagi enjin TGDI bagi LSPI, dan perlindungan enjin untuk teknologi Start Stop

Antara bahan aditif yang ditambah masuk dalam minyak pelincir ini ialah logam zink (bukan atap zink) yang dirumus khas untuk memberikan perlindungan tambahan pada enjin untuk kakisan dan melindungi minyak pelincir daripada teroksida.

Kos ini tidak termasuk kos bagi penyelenggaraan penyaman udara, penjajaran tayar, imbangan tayar, pusingan tayar, penggantian pelapik brek, dan juga tayar.

Google ads
Back to top button