Buletin

NICO ROSBERG RAKAM SELFIE TERAKHIR DALAM JENTERA MERCEDES F1 W07 SEBELUM BERSARA

Sebagai seorang juara dunia Formula One, bekas pelumba pasukan Mercedes-AMG Petronas, Nico Rosberg ada gaya tersendiri untuk merakam selfie.

Sebelum bersara, Rosberg dirakam merakam selfie ketika memandu jentera lumba hibrid Mercedes F1 W07 buat kali terakhir. Bagi ramai peminat Rosberg, ini adalah momen yang begitu berharga.

Rosberg mengumumkan persaraan selepas berjaya merangkul gelaran juara dunia pada perlumbaan F1 2016 apabila mengumpul 385 mata. Mata tersebut  dikumpul daripada 9 kemenangan, 16 podium, 8 pole dan enam pusingan terpantas.

BACA: MERCEDES-BENZ A250 MOTORSPORT EDITION – RM256,888!

Pelumba kelahiran Jerman itu itu mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam dua musim perlumbaan sebelumnya dengan mencatat  322 mata pada tahun 2015 dan 317 mata (2014).

Musim F1 2017 bakal bermula pada 26 Mac di Melbourne, Australia. Tempat Rosberg akan diganti oleh bekas bintang pasukan Williams, Valtteri Bottas.

Bottas akan bergandingan dengan pelumba berbakat yang juga juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button