Artikel Pilihan

PERODUA ATIVA SKOR 5 BINTANG UNTUK UJIAN BARU ASEAN NCAP PROTOKOL 2021-2025

Pada 3 Mac 2021 yang lalu, serentak dengan pelancaran Perodua Ativa, pihak Asean NCAP mengumumkan keputusan ujian perlanggaran crossover terbaru daripada Perodua. Model Ativa sebenarnya telah diuji berdasarkan protokol baru Asean NCAP 2021-2025 dan berjaya mencatatkan skor 5 bintang dengan markah pematuhan 83.40 poin.

Ia merupakan model pertama di Asia Tenggara yang diuji dengan protokol bari tersebut. Protokol ujian yang baru ini melibat 4 keperluan utama dalam ujian yang meliputi (1) perlindungan penumpang dewasa AOP, (2) perlindungan penumpang kanak-kanak COP, (3) teknologi bantuan keselamatan SAT dan (4) keselamatan penunggang motosikal.

Dalam ujian ini Perodua Ativa Turbo Varian X mendapat 37.48 poin dari 40 poin untuk AOP, 17.36 poin dari 20 poin untuk COP, 18.57 poin dari 20 poin bagi Safety Assist Technology dan 10 poin dari 20 poin bagi Motorcyclist Safety. Ini menjadikan markah keseluruhan ialah 83.04 poin dan sebagai perbandingan Proton X50 mendapat 84.26 poin.

Perodua Ativa menawarkan sistem keselamatan 6 beg penumpang udara, sistem kawalan kestabilan elektronik, brek ABS, sistem peringatan pemakaian tali pinggang keselamatan depan dan belakang, sistem brek pra-perlanggaran dan amaran pra-perlanggaran dengan keupayaan mengenalpasti pejalan kaki dan penunggang basikal.

Di samping itu juga Ativa turut membawa sistem keselamatan Lane Departure Warning dan Lane Keep Assist. Ativa memenuhi keperluan penilaian Motorcyclist Safety dengan teknologi Blind Spot Detection dan juga Auto High Beam sebagai perlindungan untuk pejalan kaki sebagai peralatan standard.

Bagi varian Ativa varian AV, ia ditawarkan dengan sistem keselematan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Adaptive Cruise Control, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Driving Beam secara standard.

Google ads
Back to top button