" "
Buletin

NILAI JENAMA MERCEDES-BENZ NAIK 10% PADA “BEST GLOBAL BRANDS 2022”

Mercedes-Benz berjaya meningkatkan nilai jenama mereka sebanyak 10 peratus pada acara “Best Global Brands 2022”. Kejayaan ini datangnya dari strategi syarikat yang fokus ke arah elektrifikasi dan perisian.

Pemilihan tersebut dibuat melalui tiga kriteria iaitu “Prestasi kewangan produk atau perkhidmatan jenama”, “Peranan jenama dalam proses keputusan pembelian” dan “Kekuatan jenama dengan pendapatan korporat masa hadapan”.

Matlamat syarikat adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada segmen mewah serta menggunakan peluang pertumbuhan dan keuntungan secara konsisten. Matlamat itu perlu dicapai bagi memastikan Mercedes-Benz berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju utama pengeluaran kenderaan elektrik serta perisian kenderaan.

Interbrand / Best Global Brands 2022

Bagi mencapai struktur kedudukan jenama yang lebih tinggi, portfolio model akan diteliti semula untuk merealisasikan perancangan memfokuskan pengeluaran elektrik sepenuhnya dalam setiap segmen menjelang 2030, selain menjadi CO 2 neutral menjelang 2039.

Sebagai tambahan kepada portfolio produk, keseluruhan model perniagaan akan berorientasikan kepada keperluan dan kehendak pelanggan serta kumpulan sasar.

Untuk tujuan ini, Mercedes-Benz sedia kerjasama dengan personaliti serta jenama daripada pelbagai industri seperti teknologi, fesyen, muzik, filem dan sukan. Mungkin dengan strategi ini, ia akan menambahkan lagi bilangan pelanggan yang kurang mengenali industri automotif.

Sebagai contoh, Mercedes-AMG dan Mercedes-Benz G-Class Private Lounges serta Mercedes-AMG Store di Dubai. Mercedes-Maybach Atelier yang baru dibuka di Shanghai juga merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan Mercedes-Benz.

Google ads
Back to top button