Buletin

NISSAN GT-R KEMBALI DI PASARAN TAHUN 2023. GT-R PREMIUM DAN NISMO, ENJIN TWIN TURBO 3.8L V-6. BERMULA RM547K

Nissan mengumumkan bahawa Nissan GT-R akan kembali di pasaran. Nissan GT-R 2023 boleh didapati dalam dua gred iaitu GT-R Premium dan GT-R Nismo melalui pengedar terpilih di Amerika Syarikat.

Tanda harga GT-R telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lalu. Tetapi Nissan terus menawarkan banyak peralatan standard termasuklah sistem ekzos titanium, peredam Bilstein boleh laras, roda Rays 20 inci, tayar Dunlop Sports Maxx GT600, brek Brembo dengan angkup 6 omboh di hadapan dan angkup 4 omboh di belakang, sistem audio Bose dan trim kulit Nappa.

Perubahan lain terdapat pada Nissan GT-R 2023 adalah penggunaan gentian karbon pada panel badan yang melibatkan fascia depan belakang, fender hadapan, hud, bumbung, skirting sisi, trunk dan spoiler belakang. Suspensi yang lebih keras, brek seramik karbon Brembo dan pengecas turbo turut ditawarkan.

GT-R 2023 dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.8 liter V-6. Ia mampu menghasilkan kuasa 565hp dan tork 633Nm untuk versi Premium. Manakala varian Nismo berkuasa 600hp dan tork 652Nm.

Transmisi automatik klac berkembar 6-kelajuan dan pacuan semua roda adalah standard untuk kedua-dua gred.

Walau bagaimanapun, Nissan masih berdiam diri mengenai R36, walaupun pembuat kereta itu telah membayangkan platform baharu dan mungkin beberapa bentuk elektrifikasi.

Premium GT-R 2023 ditawarkan pada harga bermula AS$115,435 (RM547,796), manakala GT-R Nismo 2023 pula berharga AS$212,635 (RM1 juta).

GALLERY:

Google ads
Back to top button