Buletin

MODENAS Z650 2023: NADI 649CC, 68HP, HARGA BERMULA RM34K

MODENAS secara rasminya memperkenalkan jentera Z650 yang menawarkan prestasi serta pengalaman tunggangan menarik untuk pasaran tempatan.

Modenas Z650 2023 menetapkan penanda aras baharu dalam kategori kelas pertengahan di mana ia dilengkapi dengan enjin berkembar selari 649cc.

Modenas Z650 2023 menawarkan kedudukan ergonomik lebih baik melalui kerangka trellis yang dibentuk semula bagi memastikan keselesaan serta kawalan lebih mantap kepada semua jenis penunggang.

Jentera baharu ini dilengkapi dengan lampu utama dan lampu brek LED, tangki berkapasiti 15 liter, Dual semi-floating petal discs (300 mm) serta Single Disc (220 mm).

Ciri-ciri lain terdapat pada Modenas Z650 2023 termasuklah menampilkan meter TFT penuh bersaiz 4.3-inci dan mempunyai tiga mod tunggangan berbeza iaitu ‘Sport’, ‘Road’ serta ‘Rain’.

Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Untuk rekod, Jentera seberat 188kg itu dipasang dengan fork teleskopik dan Horizontal Back-link SWG. ARM.

Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh enjin 649cc DOHC dengan sistem suntikan bahanapi, berupaya menghasilkan 68.2hp pada 8,000rpm dan tork 65.7Nm pada 6,500rpm.

Warna Modenas Z650 2023:

  • Metallic Spark Black
  • Metallic Matte Graphenesteel Gray

Untuk harga, jentera ini boleh dimiliki pada harga RM34,500 (Metallic Spark Black) manakala Metallic Matte Graphenesteel Gray pula bernilai RM35,200.

GALERI:

Google ads
Back to top button