Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2023: EMOS LANCAR KAWASAKI KX250, KX250X & Z H2 SE. BERMULA RM35K

Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) hari ini melancarkan beberapa model terbaharu Kawasaki iaitu Kawasaki KX250, KX250X dan Z H2 SE pada acara Malaysia Autoshow 2023. 

Jentera motocross KX250 dibina untuk terus boleh bersaing dalam perlumbaan MX, manakala KX250X pula lebih berorientasikan kepada model cross-country. 

Kedua-dua motosikal itu dikuasakan oleh enjin 249cc  high rev empat lejang, SOHC yang mampu menghasilkan kuasa 40hp. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda melalui kotak gear lima kelajuan.

Dari segi suspensi, motosikal itu menggunakan fork teleskopik boleh laras dengan travel 314mm di depan dan Uni Trak boeh laras  316mm travel pada roda belakang. 

Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakera tunggal 270mm dengan dua angkup di depan dan cakera brek 240mm di belakang.   

KX250 dan KX250X didatangkan dalam satu warna hijau sahaja. Ia boleh anda miliki pada harga RM35,000 dan RM35,500 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), serta boleh didapati di pengedar Kawasaki Off-Road terpilih mulai hari ini. 

Kawasaki Z H2 SE 

EMOS turut melancarkan model naked supercharged Kawasaki Z H2 SE. Jentera itu direka berdasarkan kepada konsep rekaan minimalis dan SUGOMI. Ia merupakan antara model istimewa yang menggunakan logo Kawasaki rivermark. 

Kawasaki Z H2 SE dijana oleh enjin bersesaran 998cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 194.4hp pada 11,000rpm dan tork 137Nm pada 8,500rpm. Sebagai jentera berkuasa tinggi, ia dilengkapi sistem brek Brembo stylema.  

Maklumat tunggangan dipaparkan melalui skrin TFT. Bukan itu sahaja, penunggang boleh menyambungkan telefon pintar dengan jentera ini menerusi RIDEOLOGY THE APP. 

Ciri-ciri keselamatan adalah seperti berikut:

  • Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Kawasaki Electronic control suspension (KECS)
  • KECS (Kawasaki Electronic Control Suspension) dengan Showa Skyhook Technology
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Cornering Management Function (KCMF)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC)
  • Kawasaki Intelligent anti-lock brake system (KIBS)
  • IMU – Enhanced chassis orientation awareness

Kawasaki Z H2 SE didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu dan Metallic Matte Graphene Steel Ebony. Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM97,800 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Ia bakal berada di pengedar Kawasaki 4S terpilih bermula hujung Jun 2023. 

GALERI

Google ads
Back to top button